Selasa, 10 Julai 2012

Kanak-kanak Lemas Tergelincir Dalam Kolam

SIMUNJAN: Seorang kanak-kanak dari Kam­pung Kelka Lama, di sini lemas setelah di­percayai tergelincir ke dalam sebuah kolam di tapak longgokan batu, kira-kira satu kilometer dari rumahnya.Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Hakimi Mail, berumur 10 tahun dikatakan sedang ber­main bersama adiknya di kawasan tersebut sekitar jam 8.30 pagi semalam.

Insiden itu hanya dis­edari oleh beberapa lelaki yang kebetulan mela­lui kawasan itu setelah mendengar tangisan adik mangsa.

Adik mangsa ketika ditanya hanya mampu menjawab: “Abang ter­jatuh tetapi tidak timbul-timbul.”

Menyedari kemung­kinan kanak-kanak tersebut lemas, mereka kemudiannya menyelam ke dalam kolam yang di­fahamkan sedalam enam kaki, manakala salah seorang daripada mereka menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Simunjan.

Mangsa kemudiannya berjaya ditemui tetapi te­lah berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Mangsa seterusnya dikejarkan ke Hospital Simunjan tetapi gagal diselamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Simunjan Sekan Gundah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian tersebut.

“Mayat mangsa ber­jaya ditemui oleh orang awam sebelum bomba sampai ke tempat ke­jadian dan dibawa ke hospital,” katanya - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan