Selasa, 10 Julai 2012

Mata Bapa Lebam Ditumbuk Anak

Mangsa menerima rawatan di HUS setelah ditumbuk oleh anak sendiri

KUCHING: Berang disuruh berhenti bermain permainan komputer, seorang remaja berusia 19 tahun bertindak menumbuk muka bapanya sendiri. 

Insiden itu berlaku jam 1 pagi semalam di rumah mereka di sebuah kampung, di Batu 10. Remaja yang sedang menuntut di sebuah kolej itu dikatakan ketagih bermain permainan komputer atas talian.

Memandangkan sudah larut malam, si bapa cuba menegur anaknya untuk berhenti bermain. Bagaimanapun, anak lelakinya terus naik angin dan melawan kata bapanya sebelum melepaskan tumbukan ke bahagian muka bapanya.

Bapanya yang merupakan pekerja buruh binaan berusia 52 tahun mengalami lebam di bahagian mata kiri. Isteri mangsa membawanya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk menerima rawatan. Mereka kemudian memutuskan untuk membuat laporan polis untuk tindakan lanjut terhadap anaknya.


Coretan - Teruk ler perangai anak macam tu. Memang patut si ayah dia membuat laporan polis, beri pengajaran pada anaknya. Panas baran pun janganlah sampai ayah sendiri sanggup di tumbuk...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan