KUALA LUMPUR : Pelakon berkulit putih, Nora Danish memberitahu dirinya tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi.
Bagi Nora, dia beranggapan setiap wanita yang pernah menjalani kehidupan rumah tangga pastinya inginkan pernikahan sekali lagi setelah gagal dalam hubungan yang pertama.
Cuma, Nora tidak mempunyai kepentingan untuk memikirkan kembali berumah tangga kerana memikirkan dia perlu memberikan perhatian penuh kepada anak lelakinya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 3.
“Perempuan mana yang tak nak kahwin lagi. Cuma bagi saya sekarang ini, tak ada apa-apa yang hendak saya kejar. Contohnya, saya ada anak seorang dan ada keluarga,” kata Nora yang dipetik dari akhbar Pancaindera hari ini.
Apa-apa pun, Nora hanya berserah tentang soal jodoh kepada Allah S.W.T. Bagaimanapun, dia sedar sebagai hambaNya, Nora juga berusaha mencari jodoh yang sesuai untuk dirinya. Justeru itu, dia hanya berserah kepada masa untuk menentukan segala-galanya.
“Dalam soal jodoh, biarlah saya berserah pada Allah. Tapi sebenarnya kena berusaha juga. Apa pun, saya tak perlu terburu-buru sebab saya tak terdesak. Biarlah masa menentukan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan