Jumaat, 3 Ogos 2012

Dua Anggota PGA Diberkas Kerana Disyaki Terima Rasuah

MIRI: Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) masing-masing berpangkat inspektor dan lans koperal telah diberkas sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Miri kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM3,000 daripada seorang ahli perniagaan di sini baru-baru ini.

Kedua-dua suspek telah ditangkap sekitar jam 10.30 malam kelmarin dalam satu sebuan yang dilakukan di sebuah lobi hotel di kawasan pusat bandar di sini.

Menurut sumber, tangkapan ke atas kedua-dua suspek telah dibuat kerana disyaki menerima rasuah masing-masing berjumlah RM3,000 daripada seorang ahli perniagaan sebagai dorongan agar tidak melakukan serbuan ke atas premis milik ahli perniagaan terbabit yang dijadikan stor untuk menyimpan minyak diesel secara haram.

Sumber memberitahu, ini bukan pertama kali kedua-dua suspek meminta rasuah daripada ahli perniagaan terbabit malah telah banyak kali sebagai ganjaran untuk melindungi premisnya daripada diserbu pihak berkuasa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan