Isnin, 13 Ogos 2012

Pekerja Industri Maut Selepas Viva Rempuh Pokok

Anggota polis trafik menutup mayat mangsa kemalangan 

BINTULU: Seorang pekerja industri maut dalam kemalangan setelah kereta Perodua Viva yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Jalan Kidurong, sekitar jam 6 pagi semalam.

Rempuhan kuat menyebabkan mangsa, Anua Beki, 27, berasal dari Kampung Semera, Sadong Jaya, Samarahan meninggal dunia di tempat kejadian. Ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja. Difahamkan, jalan ketika kejadian agak basah susulan hujan sebelum itu.

Anggota polis yang menerima panggilan kecemasan bergegas untuk membantu menguruskan mangsa di tempat kejadian.

Turut kelihatan ialah rakan-rakan sekerja mangsa dan orang awam yang membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dari dalam kereta yang remuk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan