Rabu, 5 September 2012

Bot Karam: 6 Nelayan Nyaris Maut

Gambar Hiasan

KUALA TERENGGANU - Enam nelayan tempatan nyaris maut apabila bot mereka karam selepas dilanggar sebuah bot, dipercayai nelayan asing, di perairan Pelantar Minyak Dulang, awal pagi semalam.

Kejadian pada pukul 2 pagi itu membabitkan bot nelayan dari Tumpat, Kelantan yang dinaiki nelayan berusia antara 21 dan 58 tahun.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuala Terengganu Kapten Maritim G. Xavier Thevadas berkata, pihaknya melancarkan operasi menyelamat sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.30 pagi semalam.

"Seorang nelayan dan seorang tekong bot itu diselamatkan bot Petronas Carigali Kerteh kira-kira 70 batu Nautika timur laut Kuala Terengganu pada pukul 11.15 pagi semalam manakala empat lagi diselamatkan oleh bot nelayan kira-kira sejam kemudian," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan