Isnin, 17 September 2012

Pemuda Minum Racun Akhirnya Meninggal Dunia


KUCHING: Seorang pemuda berusia 28 tahun yang bertindak meminum sejenis racun dua hari lepas gagal diselamatkan dan meninggal dunia malam kelmarin.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Kenny Sibli yang berasal dari Serian disahkan meninggal dunia sekitar jam 8.30 malam.

Mangsa dikatakan bertindak meminum racun setelah bertengkar dengan keluarganya pada Jumaat lepas dan kemudiannya dikejarkan ke Hospital Serian pada Jumaat lepas.

Sekitar jam 12 tengah hari pada Sabtu, mangsa seterusnya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan