Rabu, 5 September 2012

Penduduk Bimbang Ancaman Gajah Liar

Gambar Hiasan

PASIR PUTEH - Penduduk di beberapa kampung di kawasan Bukit Yong dan Kandis di sini bimbang dengan ancaman seekor gajah liar yang memusnahkan tanaman sejak dua bulan lepas.

Seorang penduduk, Mat Taib Mat Hussin, 45, berkata, gajah liar dewasa itu telah memusnahkan tanaman seperti pokok pisang, dokong, rambutan dan durian.

"Kejadian terbaharu menyaksikan gajah itu memusnahkan pokok pisang kira-kira 200m dari kediaman penduduk pada waktu malam,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Cheker di sini, hari ini.

Mat Taib berkata, akibat ancaman gajah itu, beliau hanya dapat memungut sebahagian daripada buah durian di dusun seluas hampir dua hektar kerana beliau pernah terserempak dengan gajah itu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan