Ahad, 7 Oktober 2012

BCL Tunda Anak

Masalah menurunkan berat badan membuatkan BCL menundakan anak kedua

PENYANYI dan aktres cantik, Bunga Citra Lestari berharap untuk mendapat anak kedua setelah melahirkan putera pertamanya, Noah. Namun kerana mengalami masalah berat badan, wanita yang kerap dipanggil BCL itu terpaksa menundanya hasratnya.

"Siapalah yang tidak mahu menambah anak tetapi untuk sekarang belum. Menguruskan badan itu mengambil masa yang lama," ujarnya.

Sementara ini, isteri aktor Ashraf Sinclair itu ingin kembali fokus mengejar karier di dunia hiburan. BCL menyatakan hasrat untuk melahirkan anak kedua dalam jarak masa yang jauh.

"Tidak sekarang kerana saya baru mula bekerja. Mungkin nanti jika Noah sudah besar sedikit," katanya. BCL berharap kehamilannya yang kedua akan memberinya seorang puteri.

"Mungkin nantilah tahun-tahun depan. Mahunya seorang anak perempuan," ujarnya lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan