Selasa, 9 Oktober 2012

Jurujual Kerugian Lebih RM20,000


KUCHING: Seorang jurujual terpaksa menanggung kerugian melebihi RM20,000 akibat kehilangan wang tunai dan pelbagai barangan berharga apabila kediamannya di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya dipecah masuk pada malam Sabtu lepas.

Mangsa yang berusia 29 tahun hanya menyedari insiden itu sekitar jam 10 malam, setelah sekembalinya ke rumah dan terlihat kesan umpilan pada pintu masuk utama.

Antara barangan yang dilarikan pencuri adalah iPad, telefon bimbit model Samsung Galaxy S III, wang tunai lebih RM3,000, kamera Nikon, sistem teater rumah, televisyen, alat permainan Sony PS3, beberapa beg tangan berjenama terkemuka, pasport antarabangsa dan lain-lain.

Laporan polis telah dibuat dan kes itu dalam siasatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan