Selasa, 9 Oktober 2012

Lelaki Ugut Bekas Isteri Didakwa


MIRI: Seorang lelaki didenda RM300 atau seminggu penjara oleh Mahkamah Majistret pagi semalam kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap bekas isterinya.

Gawan Blisit, 24, dari Rumah Belaja, Nanga Benin, Kapit telah dituduh melakukan ugutan jenayah terhadap Jenyza Peter dengan mengeluarkan kata-kata “kalau kamu keluar pecah kepala kamu” dengan niat hendak menyebabkan kemarahan dan ketakutan terhadap mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 7 malam, 3 Oktober lalu di kawasan kedai SuperSave Simpang Batu Niah.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Di hadapan mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili merayu supaya dikenakan hukuman yang ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan