Selasa, 9 Oktober 2012

Mayat Pemandu Lori Yang Terjatuh Ke Dalam Lombong Ditemui


SUNGAI SIPUT: Seorang pemandu yang dilapor terjatuh bersama lorinya ke dalam lombong di Kampung Sungai Buloh di sini dua hari lepas,ditemui lemas semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Supt Azman Salim berkata mayat Wong Yoke Kuan, 51, ditemui timbul pada jam 8 pagi semalam oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Siput untuk bedah siasat, katanya kepada pemberita di sini.

Azman berkata dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, lori yang dipandu mangsa menggelongsor ke dalam lombong berhampiran selepas hilang kawalan ketika menurunkan muatan tanah bagi projek menambak tapak perumahan di kawasanberkenaan.

Beberapa pekerja yang berada di kawasan itu gagal membantu mangsa lalu menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapatkan bantuan, katanya.

Operasi mencari mangsa dilancar oleh pihak berkuasa selepas menerima laporan namun gagal menemuinya sebelum dihentikan pukul 6 petang semalam dan disambung semula pagi ini yang membawa kepada penemuan mayat lelaki berkenaan, katanya. - Bernama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan