Selasa, 9 Oktober 2012

Penceroboh Kediaman TYT Dipenjara Tiga Minggu, Denda RM2,000

Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang lelaki berusia 23 tahun dijatuhi hukuman penjara selama tiga minggu dan dikenakan denda RM2,000 kerana menceroboh kediaman Yang di-Pertua Negeri dengan membawa pisau lipat.

Tertuduh Faizai Jini dari Taman Sourabaya Indah di Petra Jaya mengaku bersalah di hadapan Majistret Geral Empaling Donald semalam.

Dalam pertuduhan pertama, Faizal dijatuhkan hukuman penjara dua minggu dan denda RM1,000 dan sekira-nya gagal, penjara dua bulan kerana memiliki pisau lipat sepanjang lapan inci yang ditemui di dalam poket se-luarnya sekitar jam 1 pagi di Sri Impian, Jalan Matang Telaga Air pada 7 Julai.

Dia disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Le-tupan dan Senjara Berbahaya 1958.

Manakala dalam pertuduhan kedua, dia dikenakan penjara seminggu dan denda RM1,000, sekiranya gagal penjara dua bulan kerana kesalahan menceroboh rumah pada tarikh dan hari yang sama dan disabit kesalahan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Samira Khalili, manakala tertuduh diwakili Lim Lian Kee.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan