Selasa, 9 Oktober 2012

Pensyarah Didakwa Jual Diploma

Elmy didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam atas tuduhan menjual diploma palsu

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pensyarah kolej swasta di ibu kota mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dakwaan menerima suapan sebanyak RM1,500 kerana menjual diploma palsu pada Mac lalu.

Tertuduh, Elmy Shadzly Wahi, 40, memohon dibicarakan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Bekas pensyarah Fakulti Kulinari dari Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) itu didakwa menerima suapan daripada Izam Mustafa sebanyak RM1,500 melalui akaun miliknya yang dimasukkan secara deposit tunai.

Semasa kejadian, Elmy masih bekerja di kolej tersebut.

Wang RM1,500 sebagai dorongan kerana tertuduh membekalkan Diploma Dalam Bidang Pengurusan daripada Nilai University College di Negeri Sembilan kepada Izam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan