Selasa, 9 Oktober 2012

Rani Mukherjee Bakal Kahwin



Rani Mukherjee mengakui dirinya suka berkhayal. Rani Mukherjee berangan-angan ingin membina sebuah rumah untuk bakal suaminya. Menerusi web BollywoodWorld.com, Rani mengakui bahawa dia seorang yang suka berkhayal, sama seperti Meenakshi Deshpande, karakter lakonannya dalam filem Aiyyaa yang bakal ditayangkan pada 12 Oktober ini.

"Saya seorang yang suka berkhayal. Saya rasa semua orang suka bermimpi, " ujar Rani.

Jelasnya lagi: "Saya sudah berjaya membina sebuah rumah untuk kedua-dua ibu bapa saya. Kini, saya mengimpikan untuk membina sebuah rumah untuk bakal suami saya pula."

Ditanya bilakah dia merancang untuk merealisasikan mimpinya itu, Rani memberitahu, dia belum ada perancangan untuk berkahwin tetapi tidak menolak yang dia bakal berkahwin pada bila-bila masa sahaja.

"Kematian, kelahiran dan perkahwinan adalah tiga perkara yang berbeza, kita tidak boleh rancang atau ramal," ujarnya.

Aktres berusia 34 tahun yang sudah berlakon selama 15 tahun menerusi 40 buah filem itu sudah lama digosip menjalinkan hubungan cinta dengan penerbit filem, Aditya Chopra. Mereka dikatakan sudah merancang untuk berkahwin.


Aditya Chopra dan Rani Mukherjee


Tiada ulasan:

Catat Ulasan