Selasa, 9 Oktober 2012

Warga Emas Maut Selepas Diseret Sejauh 2km

Anggota polis memeriksa mayat seorang warga emas tersebut

BUKIT MERTAJAM - Seorang warga emas maut selepas diseret sejauh hampir dua kilometer (km) oleh sebuah kenderaan berat dipercayai lori selepas motosikal yang dinaiki bergesel dengan kenderaan itu dalam kejadian di Lebuhraya Kulim-Butterworth di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 pagi berhampiran stesen minyak Petronas Seberang Jaya itu, mangsa maut di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian badan termasuk perutnya yang hampir hancur.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, kejadian itu disedari oleh orang awam apabila mereka menemui mayat mangsa terbaring di tepi jalan bersama motosikalnya.

Katanya, mangsa, Shahidin@Moktar Ahmad, 70, yang berasal dari Permatang Bertam, Kepala Batas yang menunggang sendirian dipercayai telah bergesel dengan kenderaan berat disyaki lori.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan