Selasa, 29 Mei 2012

TITANIC - Selepas 100 tahun



Titanic+wreckage

Walaupun sudah 100 tahun berlaku, tragedi kapal mewah RMS Titanic yang tenggelam di Lautan Pasifik masih lagi menjadi tanda tanya para pengkaji.

Bagaimana sebuah kapal yang dilengkapi teknologi paling canggih ketika itu dan didakwa tidak mungkin tenggelam akhirnya 'tersungkur' ke dasar laut disebabkan berlanggar dengan bongkah ais, pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912).

Sehingga kini aura misteri itu masih kekal bersama 'bangkai' kapal itu di dasar Lautan Pasifik, namun saluran History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum.

Bersempena ulang tahun ke-100 tragedi Titanic, saluran History akan mempersembahkan sebuah dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini.

Dokumentari itu akan merakamkan detik-detik misi paling mutakhir, mendedahkan cebisan-cebisan bangkai kapal Titanic yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Usaha yang turut melibatkan pakar-pakar kajian laut termasuk pihak dari RMS Titanic Inc. itu akan mendedahkan penemuan baharu dan peta pertama komprehensif bagi tempat persemandian Titanic. Ia meliputi sebuah kawasan lantai laut seluas 13 kilometer persegi dan kewujudannya dapat membantu merungkai teka-teki sekurun usia tentang kesilapan apakah yang telah berlaku dan menentukan siapa atau apa yang bertanggungjawab ke atas tragedi tersebut.

Salah seorang yang turut terlibat dalam ekspedisi penemuan baharu kapal Titanic itu adalah Penerbit Eksekutif dokumentari Titanic Mystery Solved saluran History, Carl Lindahl.

Menurutnya, terdapat banyak misteri yang berputar tentang kapal Titanic iaitu bagaimana kapal yang sepatutnya tidak boleh tenggelam boleh tenggelam dalam pelayaran pertama secara ironiknya.

"Apa yang menyebabkan kapal Titanic tenggelam? Bagaimana kapal yang begitu bagus boleh tenggelam dan bagaimana begitu ramai orang mati. Soalan-soalan ini tidak pernah terdedah dan dijawab sepenuhnya. Disebabkan itu, mengapa kami dan para pengkaji lain masih melakukan pencarian dan setelah 100 tahun kejadian itu berlalu kami sudah menemui jawapannya," ujarnya.

Ia turut dipersetujui oleh pengarah, penerbit dan penulis dokumentari yang sama iaitu Rushmore Denooyer.

Menurutnya: "Kapal yang mempunyai teknologi terbaik sepatutnya tidak dapat tenggelam tetapi ia tenggelam pada perjalanan pertama dan dua pertiga orang di dalam kapal itu mati".

Merungkai bagaimana penemuan kali ini akan mengubah sejarah Titanic, Ungkap Carl, ia adalah jawapan kepada beberapa misteri yang masih belum dapat diselesaikan sejak kapal itu tenggelam.

Menyambung bicara Carl, ujar Rushmore pula, Titanic merupakan kapal pertama yang tenggelam dikaji dengan teliti dan didokumentasikan.

"Ekspedisi ini akan menceritakan semuanya. Tiada ekspedisi dan pemetaan dilakukan secara menyeluruh dan teliti seperti mana kali ini.

"Ia merupakan satu anjakan paradigma untuk semua pihak yang mengkaji kapal karam. Saya fikir dengan penemuan baharu yang akan disiarkan di saluran History nanti akan mengubah sejarah Titanic," ujarnya.

Mengenai sama ada pihak saluran History turun ke dasar laut untuk melihat sendiri bangkai kapal Titanic, kata Rushmore, tiada seorang manusia pun yang turun ke dasar laut melihat kapal tersebut.

"Semua kerja siasatan dilakukan dengan menggunakan beberapa robot untuk mengambil beribu-ribu gambar serta membuat rakaman video tentang keadaan bangkai kapal yang tenggelam sedalam empat kilometer di dasar laut itu.


Painting of the bow of the Titanic as plunges into the North Atlantic Ocean.
Lukisan yang mengambarkan bagaimana TITANIC tenggelam

TITANIC mampu terapung dengan sebarang dua ruang tengah dipenuhi air atau empat bahagian pertama dipenuhi air. Sekiranya lebih daripada itu, ia akan tenggelam.

"Gambar yang diambil menggunakan kamera berteknologi tinggi itu dengan jelas menunjukkan keadaan landasan dan sauh kapal tersebut. Robot tersebut membawa turun lima hingga tujuh buah kamera dan ia dikawal oleh operator di atas kapal," ulasnya.

Berkongsi pengalaman ekspedisinya, kata Rushmore, mereka ada menemui beberapa objek yang agak kecil seperti saiz pintu.

"Ada juga objek seperti pinggan, pakaian, kasut serta botol wain yang masih kelihatan," ulasnya lagi.

Menurut Rushmore, gambar yang diambil memberi pemahaman yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku ke atas kapal itu pada 15 April 1912.

Gambar-gambar itu juga adalah hasil pelaburan bernilai puluhan juta ringgit serta ekspedisi selama dua bulan yang menggunakan beberapa pendekatan berbeza untuk mendapatkan imej yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

"Imbasan tepi dan multi sinaran sonar digunakan untuk menyimpan setiap butiran kapal itu dan menilai perubahan yang berlaku sejak ekspedisi sebelum ini," katanya.

Jelas Rushmore lagi, ekspedisi tersebut diketuai oleh RMS Titanic Inc. yang telah pergi ke lokasi Titanic tenggelam pada masa lalu dan mengumpul lebih 5,000 artifak.

"Di samping itu, pakar pengimejan dalaman air yang terbaik pula menyediakan kami alat sonar ekspedisi untuk bekerja dan mewujudkan peta ini ke atas keseluruhan tapak tragedi. Terdapat banyak kontraktor lain serta saintis. Ia merupakan satu kumpulan yang sangat majmuk," jelasnya.

"Terdapat banyak kumpulan dan individu yang berbeza bekerja dalam ekspedisi ini. Sebagai contoh, mereka yang menghasilkan sonar pengimbasan tapak yang telah digunakan dalam ekspedisi ini," balas Carl pula.

Titanic+wreckage

Titanic+wreckage

Titanic+wreckage

Carl dan Rushmore turut menjawab persoalan mengenai kejadian Titanic karam yang dikaitkan dengan mitos kononnya berlaku sumpahan ke atas kapal tersebut.

Tambah Carl, tragedi Titanic tenggelam sangat ironik dan dramatik. Manusia membuat ramalan bahawa kapal tersebut tidak akan tenggelam. Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila ia tenggelam dalam pelayaran sulungnya. Ia seolah-olah satu sumpahan.

"Saya belum dengar apa-apa legenda atau sumpahan mengenai Titanic jadi saya tidak boleh mengulas tentang itu," ujarnya.

Ia turut dipersetujui Rushmore yang memberitahu, manusia kadang-kadang alpa dengan teknologi yang canggih tanpa menyedari ada kuasa lain yang mampu memusnahkan teknologi tersebut.

"Kita kadang-kadang menjadi terlalu kagum dengan teknologi ciptaan sendiri dan kita sering melupakan kuasa alam semula jadi. Dengan kemajuan teknologi kita tidak dapat mengawal alam semula jadi. Walau bagaimanapun, alam semula jadi masih lebih kuat daripada teknologi yang kita ada," ujar Rushmoore.

Sementara itu, Pengurus Besar, AETN All Asia Networks, Louis Boswell pula berkata, selain daripada membuat pemetaan ke atas keseluruhan tapak tragedi, siaran istimewa itu juga akan mendedahkan buat julung-julung kalinya gambaran sebenar bagaimana kapal itu boleh terbahagi lalu karam melalui penggunaan hangar virtual.



"Teknik siasatan nahas kapal angkasa ulang-alik dan pesawat (membuat pemetaan ke atas tapak bangkai kapal dan menyusun semula di hangar) digunapakai dan para pakar akan menghasilkan satu binaan holografik bagi tapak bangkai kapal di hangar.

"Belum pernah ada sebarang rancangan sempena ulang tahun lain yang memaparkan kisah eksklusif tentang ekspedisi unik dan pendedahan cukup luar biasa ini. Dalam tempoh 25 tahun semenjak bangkai kapal Titanic ditemui, tiada siapa pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal.

"Tiada siapa yang memiliki sebarang petunjuk akan apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihatan," ujarnya.

Kini selepas 100 tahun, ulas Louis, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia tunduk karam di lantai laut sedekad yang lalu.

Katanya, di penghujung kisah Titanic Mystery Solved, penonton akhirnya akan mengetahui keseluruhan kisah yang membawa kepada bersemadinya Titanic di dasar laut.

Rusted prow of the R.M.S. "Titanic" ocean liner, sunk in the North Atlantic Ocean, 350 miles off Newfoundland after hitting an iceberg and sinking April 15, 1912.


Keadaan TITANIC sekarang yang tenggelam pada 15 April 1912

Penemuan sulung bangkai kapal Titanic pada tahun 1985 oleh pasukan yang diketuai oleh Jean-Louis Michel dan Robert Ballard menjadikan Titanic kekal terkenal sehingga kini.

"Kisah kapal Titanic yang tenggelam telah menarik minat jutaan manusia di segenap pelosok dunia sehingga ia menjadi inspirasi kepada sebuah filem yang berjaya sepanjang zaman.

"Semuanya itu telah memperhalusi sejarah kejadian buat ramai orang. Kami mahu melihat semula tragedi ini dari sudut saintifik dan mencari kebenaran di sebalik apa yang telah terjadi pada malam 15 April 1912.

"Oleh itu Titanic Mystery Solved merupakan bingkisan terhebat yang menjelaskan bagaimana Titanic telah karam dan ia turut mengungguli program-program lain yang pernah dibuat bersempena dengan ulang tahun sesuatu," ujarnya lagi.

Sejak ahli oseanografi, Robert Ballard dan kumpulannya menemui bangkai kapal Titanic itu pada 1985, beberapa ekspedisi telah dilakukan untuk mengumpul maklumat tentangnya sehingga kini.

Pengarah filem Titanic, James Cameron turut mengadakan ekspedisi ke lokasi itu bagi mendapatkan gambaran jelas tentang keadaan rupa bentuk kapal tersebut.

Filem " Titanic "






Coretan - Saya suka sesangat tengok cerita TITANIC ni...best sangat...teringgin rasanya nak tengok bangkai titanic kat dalam laut tu...hehehe...


Ayat2 Cinta


Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat tetapi membangkitkan semangat.



Kisah sedih di sebalik lagu " sudah cukup sudah "


Nirwana - Ingin Kau Bahagia , 2012


Nirwana Band yang popular di Malaysia dengan lagu Sudah Cukup Sudah memberitahu lagu itu dihasilkan bagi mengingati sahabat mereka yang mati akibat bunuh diri dalam kejadian beberapa tahun lalu. 

Vokalis kumpulan tersebut, Denis berkata, sahabat mereka amat kecewa apabila kekasihnya berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain sehingga menyebabkan kehidupannya menjadi sengsara. 

“Sahabat kami ini baik orangnya tetapi dia mendapat teman wanita yang jahat kerana sanggup berlaku curang. 

“Setiap malam dia menangis sehinggalah dia mengeluarkan perkataan “sudah cukup sudah… biarlah aku pergi saja,” membuatkan kami amat terharu mendengar luahan hatinya itu,” katanya. 

Jelas Denis lagi, tidak lama kemudian, mereka mendapat berita lelaki berkenaan ditemui mati akibat membunuh diri sehinggalah mereka mendapat ilham untuk menghasilkan lagu berkenaan. 

Katanya, ketika merakamkan lagu tersebut, dia tidak dapat menahan sebak apabila mengenang peristiwa tersebut yang berlaku akibat masalah putus cinta. 

“Percaya atau tidak, saya menangis semasa merakamkan lagu itu. Saya benar-benar tak sangka sahabat saya mati akibat bunuh diri. Apabila saya mengilhamkan lagu berkenaan, saya benar-benar berharap contoh itu tidak dikuti oleh semua peminat saya,” katanya. 

Sementara itu ditanya mengenai kehidupan mereka sebelum bergelar artis Nirwana memberitahu mereka hidup melarat termasuklah terpaksa tidur di bawah jambatan. 

Mereka juga pernah makanan nasi berkongsi lima kerana tiada sumber pendapatan lain akibat kesempitan hidup. 

“Kami hidup melarat, tidur di bawah jambatan dan juga di tepi kaki lima jalan. Tapi itu semua pengalaman berguna untuk kami iaitu bukan mudah untuk menjadi seorang ahli muzik yang berjaya sebenarnya. 

“Kami amat bersyukur kerana single pertama kami menjadi popular di Malaysia dan memasuki carta kebanyakan stesen radio disana,” katanya. 

Selain Denis, Nirwana dianggotai oleh Henry (pemain dram), Arief (keyboard), Avew (gitar) dan Ekek (gitar utama). 

Kumpulan berkenaan berasal dari Subang, Jawa Barat dekat sini dan merupakan kumpulan muzik yang sedang mencipta populariti di Malaysia. 


Nirwana Band - Sudah Cukup Sudah

Inikah caramu membalas cintaku…
Kau nodai cinta yang ku beri…
Inikah caramu membalas sayangku…
Kau lukai sayangku untukmu… 

Teganya kau menari diatas tangisanku…
Kau permainkanku sesuka hatimu… 
Sudah…cukup cukup sudah…
Cukup sampai disini saja…
Daripada hati gelisah…
Cintaku kau balas dengan dusta… 
Sudah…cukup cukup sudah…
Cukup sampai disini saja…
Daripada batin tersiksa…
Lebih baik ku pergi saja… 

Tlah berulangkali kucoba mengalah…
Ternyata sabarku tak berarti untukmu… 

Teganya kau menari diatas tangisanku…
Kau permainkanku sesuka hatimu… 
Sudah…cukup cukup sudah…
Cukup sampai disini saja…
Daripada hati gelisah…
Cintaku kau balas dengan dusta… 
Sudah…cukup cukup sudah…
Cukup sampai disini saja…
Daripada batin tersiksa…
Lebih baik ku pergi saja… 

Teganya kau menari diatas tangisanku…
Kau permainkanku sesuka hatimu… 
Sudah…cukup cukup sudah…
Cukup sampai disini saja…
Daripada batin tersiksa…
Lebih baik ku pergi saja… 

Sudah…cukup cukup sudah…
Cukup sampai disini saja…
Daripada hati gelisah…
Cintaku kau balas dengan dusta… 

Sudah…cukup cukup sudah…
Cukup sampai disini saja…
Daripada batin tersiksa…
Lebih baik ku pergi saja…


Ayat2 Cinta


Kadangkala kita tidak menghargai orang yang mencintai kita sepenuh hati, sehinggalah kita kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.


Aishwarya Rai yang comel






Di India ketika ini, salah satu topik yang paling panas melibatkan artis mereka adalah melibatkan saiz badan Aishwarya Rai. 

Normal untuk seorang wanita mengalami pertambahan berat badan selepas melahirkan anak, namun peminat Aishwarya nampaknya tidak dapat menerima hakikat itu. Marah mereka kerana sudah enam bulan pelakon jelita itu melahirkan anak, mengapa sampai kini dia tidak berusaha mengurangkan berat badannya. 

Aishwarya juga terpaksa berdepan dengan pelbagai sindiran, antaranya sebuah laman web memuat naik video dirinya yang menggunakan bunyi gajah sebagai bunyi latar video berkenaan. Wujud perdebatan di kalangan media India iaitu Aishwarya mempunyai tanggungjawab ke atas peminatnya untuk kembali kurus dan menawan. 

Pakar kesihatan bagaimanapun bersetuju tindakan Aishwarya untuk tidak mengamalkan sebarang diet untuk kurus di kala dia dalam tempoh masih menyusu badan anaknya. Biasalah bila mengandung pasti berat badan ibu mengandung akan naik kerana perlu makan makanan berkhasiat dan segala macam vitamin untuk bayi dalam kandungan selain perubahan hormon. Selepas melahirkan anak, perubahanan bentuk badan Aishwarya Rai amat ketara sekali. 














Coretan : Tak ape ler, gemuk2 pun suami dia tetap sayang. apa yang penting kebahagiaan bersama keluarga tersayang. Heehehe...betul tak?


Selasa, 22 Mei 2012

Ayat2 Cinta


Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita menyintai seseorang, disaat kita sedang kehilangannya. Dan kadangkala kita juga menyedari betapa perlunya cinta seseorg terhadap kita, disaat kita amat memerlukannya.



Isnin, 21 Mei 2012

Sang Naga Laut Berdaun - Leafy Sea Dragon

Leafy Sea Dragon hampir serupa dengan Kuda Laut


Leafy Sea Dragon atau lebih dikenali sebagai phycodurus eques mempunyai daun2 panjang diseluruh badan untuk dijadikan sebagai penyamaran supaya kelihatan seperti pelbagai jenis rumpai laut terapung. Leafy Sea Dragon mempunyai penyamaran yang cantik, badannya kelihatan seperti lumut lautan itulah yang membuatkannya berupaya untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa ikan atau pemangs yang lain.



Ia didapati di sepanjang pantai Australia. Naga laut berdaun berkembang sepenuhnya boleh mencapai kira-kira 45 cm (18 inci). 



Leafy Sea Dragon (Phycodurus eques), portrait
Leafy Sea Dragon (Phycodurus eques), portrait

Kemelut Rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuan


Post image for RITA RUDAINI TERIMA SMS CERAI DARI AIDIL ZAFUAN




KEMELUT rumahtangga Rita Rudaini Mokhtar, 36 tahun, dan pasangannya, Aidil Zafuan Abd. Razak boleh dikatakan sudah sampai ke penghujungnya apabila pelakon itu mengakui hatinya sudah tiada untuk pemain bola sepak kebangsaan itu setelah dua kali hampir diceraikan.

Kali pertama  Rita Rudaini  diceraikan Aidil Zafuan ketika mengandungkan anak keduanya iaitu Airit Rafqa, 1 tahun, dan kemudiannya Aidil Zafuan menarik balik perceraian tersebut.

Lapan bulan selepas penarikan cerai tersebut  Rita Rudaini sekali lagi diceraikan Aidil Zafuan apabila menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada suaminya bahawa dia tidak boleh hidup sebumbung lagi bersama pelakon itu.

Namun, Khamis lalu, ramai yang terkejut apabila Aidil Zafuan sekali lagi menarik balik permohonan cerai yang difailkan terhadap Rita. 

"Saya sudah tak ada hati untuk dia dan serahkan semuanya kepada Allah. Hati saya sudah remuk apabila dua kali diceraikan tanpa sebab." ujar Rita Rudaini apabila di tanya sama ada dia dapat menerima Aidil Zafuan semula ataupun sebaliknya.

Berikut adalah temu bual Kosmo bersama  Rita Rudaini.

Kenapa anda menyatakan sudah tiada hati untuk Aidil Zafuan sedangkan sebelum ini anda juga merayu minta jangan diceraikan?

Saya tidak pernah merayu minta jangan diceraikan. Saya cuma mahu hak saya dan nak dia beri alasan yang kukuh kenapa dia mahu tinggalkan saya dan anak-anak.

Jika dulu anda terima semula Aidil Zafuan, kenapa tidak kali ini?

Ini bukan kali pertama dia nekad mahu ceraikan saya tapi sudah dua kali. Kalau dia ada pendirian dan mahu betul-betul berubah, benda macam ini (permohonan cerai) tidak akan terjadi lagi. Saya minta dia jangan jadi macam lalang membiarkan orang lain yang masuk campur urusan rumah tangga kami. Pertama kali dulu dia ceraikan saya ketika sedang mengandungkan anak kedua. Tiba-tiba dia tarik balik. Walaupun masa itu hati saya dah hancur tapi bila fikirkan pasal anak, saya terima semula. Saya ingatkan dia dah sedar dan berubah tapi lapan bulan selepas itu dia sekali lagi tinggalkan saya dan anak-anak selama empat bulan tanpa beri nafkah dan tiba-tiba hantar SMS kata mahu bercerai.

Adakah anda takut untuk terima dia kali ini kerana takut kes ini (cerai) berlaku semula?

Ya, memang saya takut benda ini akan berlaku semula walaupun sebelum ini dia pernah bersumpah dan berjanji tidak akan menceraikan saya. Dia juga pernah berjanji tidak akan membiarkan orang lain yang menguruskan hal rumah tangga kami.

Buat masa ini anda kata tiada hati lagi untuk dia, tetapi dalam masa yang sama menyerahkannya kepada Allah. Jadi, adakah anda akan menerima atau menolak untuk bersama Aidil Zafuan?

Saya akan pergi menunaikan umrah selama 14 hari bermula esok (22 Mei) dan mahu memohon petunjuk terhadap masa depan rumah tangga saya. Jika Aidil Zafuan tidak memudaratkan saya, saya minta dia didekatkan dengan saya dan begitu juga sebaliknya.

Aidil Zafuan pernah membuat kenyataan bahawa anda yang mahu mempercepatkan perceraian, namun selepas itu dia membatalkan permohonan perceraian yang dibuatnya sebelum ini dan meminta anda kembali taat. Apa komen anda?

Demi Allah saya tidak pernah minta cerai dengan dia. Lagi satu kenapa dia minta saya taat sedangkan saya tidak pernah meninggalkan rumah. Dia yang keluar daripada rumah meninggalkan saya dan anak-anak selama empat bulan tanpa nafkah. Saya cuma SMS dia beritahu dia pasal taklik. Seorang suami tak boleh tinggalkan isteri selama tiga bulan tanpa beri nafkah zahir dan batin. Selepas itu saya cakap kalau awak tak mahu saya lagi, jangan buat macam ini. Kemudian, terus dia SMS saya beritahu bahawa dia sudah ke mahkamah failkan permohonan perceraian. Kenapa pula dia minta saya kembali taat. Siapa yang nusyuz sekarang?

Bila kes anda akan disebut semula?

Sebutan semula kes permohonan perceraian saya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 18 Jun ini. [ Kosmo ]


Coretan : Semoga Rita Rudaini akan membuat keputusan yang terbaik untuk hidupnya dan anak2nya.