Isnin, 4 Februari 2013

Telefon Pintar Paling Nipis Di Dunia

Alcatel One Touch Idol Ultra

PARIS - Syarikat peralatan Perancis, Alcatel memperkenalkan model baharu One Touch Idol Ultra yang didakwa telefon pintar paling nipis di dunia, lapor laman web infomobile.

Setebal cuma 6.45 milimeter, gajet tersebut dipamerkan pada hari pertama pameran Consumer Electronics Show (CES) di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Telefon pintar itu mempunyai skrin berukuran 11.9 sentimeter dan dijana pemprosesan dua teras berkapasiti 1.2 giga hertz dan perisian Android 4.1 Jelly Bean.

Model terbaharu itu akan mula dijual di China pada hujung bulan ini sebelum memasuki pasaran lain di dunia termasuk AS dan Eropah. - Agensi


Pemandangan Unik Bilik Tandas


Bilik tandas di tingkat 69 

LONDON - Bangunan paling tinggi di Eropah Barat, Shard menyediakan bilik tandas yang unik kepada para pengunjung. Bangunan setinggi 309 meter itu mengandungi bilik tandas yang mempunyai pemandangan bandar raya London.

Tingkap besar diletakkan di dalam bilik tandas tersebut supaya para pengguna boleh menyaksikan pemandangan di ibu kota United Kingdom ini.

Menurut akhbar dalam talian, MailOnline, tandas tersebut terletak di tingkat 68 dan 69. Bangunan berkenaan mempunyai 95 tingkat. Ia akan dibuka kepada para pengunjung pada bulan depan.

Terdapat 10 unit apartmen di dalam bangunan tersebut yang setiap sebuah berharga £50 juta (RM243 juta).

Bangunan tersebut juga menempatkan ruang pejabat, restoran dan Hotel Shangri-La dijangka dibuka pada musim panas ini. - Agensi


Salman Khan Buat Hal Sendiri

Salman Khan

Salman Khan memulakan tahun baharu 2013 dengan penuh positif. Aktor Terbaik 2012 pilihan ApunKaChoice.Com. yang mengalahkan dua pencabar terdekatnya, Shah Rukh Khan dan Akshay Kumar itu selama ini sememangnya digosip tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Shah Rukh Khan.

Namun baru-baru ini, Salman telah mengeluarkan kenyataan menafikan dia berselisih faham dengan Shah Rukh sehingga di Bollywood dikatakan wujud puak Salman dan puak Shah Rukh Khan.

Katanya kepada ibn.live.in.com: "Tiada puak-puak tertentu dalam industri perfileman di Bollywood. Saya buat hal sendiri. Saya tidak mengikuti atau mengambil tahu tentang kehidupan orang lain."

"Jika ada yang datang berjumpa atau berbual dengan saya, dia akan dilayan dengan baik. Saya tidak kisah dia kawan siapa dan ia tidak menjadi suatu masalah buat saya."

Salman Khan dan Shah Rukh Khan

Akshay Kumar


Selamatkan Lebih 1,000 Ekor Kucing





CHANGSA, China - Sebuah trak yang membawa lebih 1,000 ekor kucing terlibat dalam nahas di sebatang jalan raya di sini kelmarin.

Kucing itu yang diletakkan dalam sejumlah kurungan kayu akan dijual di restoran-restoran di Guangdong untuk dijadikan makanan.

Kira-kira 50 aktivis haiwan dan sukarelawan kemudian bertindak menyelamatkan kucing tersebut daripada disembelih untuk dijadikan makanan.

Kucing-kucing itu kelihatan lapar semasa para aktivis tersebut melihat haiwan berkenaan. Para aktivis itu kemudian menghantar kucing tersebut ke sebuah klinik haiwan untuk dirawat. - Agensi


Coretan : Ksiannyer tgok kucing2 tu. Sedihnyer...


Jumaat, 1 Februari 2013

iPhone 5 Gadget Impian


iPhone 5 gadget impian? iPhone 5 percuma? Wah!!! Bestnyer!!! Blog Denaihati.Com ada membuat satu contest yang menjanjikan iPhone 5 sebagai hadiah utama. Emmm…aku nak join ler. Mana tau ada rezeki dapat juga aku iPhone 5 ni. Boleh ker aku menang ekk? Semua yang ikut contest ni semuanya otai2 belaka. Emmm...tak per lah, nak join dan nak menang jugak. Nak sangat merasa guna gadget idaman berjuta2 orang di seluruh negara ni. Sapa yang tak nak iPhone 5? Lebih2 lagi kalau dapat free dari Denaihati.Com.

Senarai semua entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati.Com.


Jom kita baca serba sedikit tentang iPhone 5 yang tersenarai dalam blog Denaihati.Com. Mana lah tahu dapat  menang iPhone 5, sekurang2nya kita dah tahu serba sedikit tentang kelebihan iPhone 5 berbanding dengan gadget jenama lain. Untuk maklumat yang lebih terperinci, jengok2 lah ke Denaihati.Com.


Dalam entri ini, Blog Denaihati ingin berkongsikan pengalaman mengunakan iPhone 5 dengan bloger yang bertuah yang berjaya dalam tugasan yang disediakan. Bloger yang bertuah akan berjaya mendapat iPhone 5 impian.

Tugasan

1. Semua rakan2 bloger yang ingin mengikuti contest iPhone 5 gadget impian hendaklah memasang button G +1 pada blog.


2. Kamudian buat satu entri tentang iPhone 5 dengan tajuk “iPhone 5 gadget impian” yang kandungannya :

  • Senarai semua entri iPhone 5 yang ada di blog Denaihati.
  • Tuliskan kenapa anda minat sangat iPhone 5.

3. Selepas itu tinggalkan link entri iPhone 5 di ruangan komen dan terbaik gunakan CommentLuv.

4. Jadikan entri iPhone 5 anda sebagai Sticky Entry selama tugasan berjalan.

Tarikh Tutup Penyertaan

11.59 pm, 6/11/12.

Tarikh Tutup Cabaran

Akan dimaklumkan kemudian

Syarat-syarat

Terbuka kepada semua Rakan Blogger setia Denaihati.

Entri boleh ditulis dalam bahasa Melayu, Indonesia dan English.

Penganjur boleh mengubah syarat bila-bila masa mengikut kesesuaian.

Hadiah

iPhone 5 Baru, warna hitam / putih, 16GB

Hadiah saguhati akan diumumkan kemudian


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI

iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hong Kong vs USA 

Dalam entri ini, bro DH cuba membuat perbandingan di antara iPhone 5 Hong Kong dan iPhone 5 Singapore. iPhone 5 Hong Kong tak berjaya disambung dengan P1 MiFi tapi iPhone 5 Singapore meluncur laju boleh melayari internet. Daripada perbandingan ini, iPhone 5 Singapore lebih baik sebab boleh connect dengan line 3G dan 4G.

iPhone 5 Hong Kong VS iPhone 5 Singapore


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI

iPhone 5 Malaysia Pertama

Dalam entri ini juga ada memaparkan gambar perbezaan di antara iPhone 5 dengan iPhone 4S. Terdapat banyak perbezaannya. iPhone 5 nampaknya mempunyai banyak kelebihan berbanding dengan iPhone 4S.


Bro DH juga dikejutkan dengan pemberian iPhone 5 daripada salah seorang sahabatnya. Wah!! Seronoknya...itu namanya rezeki yang tak di sangka2. Jom tengok iPhone 5 yang di beri kepada bro DH.

Beruntungnya bro DH ada sahabat yang baik hati


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI

iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test

Ini adalah salah satu entri yang paling aku suka. Jomm kita tengok video yang dinanti-nantikan ramai iaitu video iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test.


Mana satu yang lebih tahan lasak? iPhone 5 ataupun Samsung Galaxy S3 Drop Test. Selepas menonton video ini, mana satu kah gadget pilihan anda?


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI

iPhone 5 Gambar dan Video

Mari sama-sama ikuti iPhone 5 Live Event daripada seluruh peminat iPhone 5. 12 September 2012 adalah hari iPhone 5 dilancarkan oleh Apple. Dalam tempoh 24 jam per order iPhone 5 melebihi 2 juta unit. Banyak tu...

Video Pelancaran iPhone 5


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI

iPhone 5 dilancarkan

Hari yang di tunggu2 telah pun tiba. 12 September 2012 adalah hari perlancaran iPhone 5. Ramai peminat iPhone tidak sabar menunggu pelancaran iPhone 5 dan ingin tahu macam mana bentuk dan sistem yang akan diperkenalkan. 

Tapi yang pastinya, iPhone 5 dapat mencabar kehebatan smartphone jenama lain yang sudah berada dipasaran.

iPhone 5 iPhone 5 dilancarkan


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI

iPhone 5 Countdown

Banyak sumber mengatakan iPhone 5 production sudah bermula dan sudah banyak blog gadget yang telah membuat iPhones 5 Countdown. Website e-Commerce terbesar China Taoboa telah membuka pre-order untuk iPhone 5. Terasa macam dah tak lama lagi je iPhone 5 ni nak keluar tetapi Apple belum pun buat apa-apa pengumuman. 


Sumber mengatakan iPhone 5 akan dilancarkan di USA pada 7 Ogos 2012 dan akan dilancarkan di Malaysia pada akhir November. Sumber yang lain pula menyatakan iPhone 5 akan dilancarkan mungkin akhir September atau awal Oktober. Harga iPhone 5 sama seperti harga iPhone 4S ketika dilancarkan. Gosip gadget menyatakan antara perubahan iPhone 5 adalah new metal body, larger screen, less glass, new connections, 4G LTE, better batery dan iWallet. 


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI

iPhone 4S baru bukan iPhone

iPhone 5 sebelum ini dijangkakan akan diperkenalkan dalam masa terdekat. Majoriti peminat Apple agak kecewa apabila iPhone 5 yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Saham Apple jatuh 5% setelah CEO baru Apple, Tim Cook melancarkan versi baru iPhone 4S yang akan mengantikan iPhone 4. iPhone 4S yang lebih laju dan berprestasi lebih baik berbanding iPhone 4 dilancarkan di Amerika Syarikat dijangka akan memasuki pasaran Amerika pada 14 Oktober 2011.

iPhone 4S


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI

iPhone 5 dah sampai Malaysia

Ramai yang tanya iPhone 5 dah sampai Malaysia ke? Jawapannya pasti belum. Tarikh iPhone 5 dilancarkan di Amerika pada 4 oktober 2011. Samada benar atau tidak segala jangkaan kehebatan iPhone 5 masih menjadi rahsia dan hanya akan diketahui dihari pelancaran. Yang pasti iPhone 5 akan menjadi meneraju industri smartphone dan akan menjadi perbandingan oleh pengeluar smartphone yang lain.



Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI


Entri terbaru Denaihati.Com mengenai iPhone 5

Di Denaihati.Com sekarang memang heboh sekali tentang iPhone 5. Mana tak nya, Denaihati kan mengadakan contest yang berkaitan dengan iPhone 5. Mana ada blog2 lain yang mengadakan contest yang menyediakan hadiah sehebat Denaihati. Betul tak? Emm...betul lah tu...

Jom kita sambung lagi tentang entri terbaru mengenai iPhone 5 kat Denaihati.Com.


iPhone 5 Gadget Impian Peserta Terpilih

Setelah di nilai, hanya 85 peserta saja terpilih yang cukup syarat iaitu ada button G +1 dan publish penyertaan selewat-lewatnya pada 11.59 pm, 06-11-2012 akan bersaing dalam contest iPhone 5 Gadget Impian.



Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI


iPhone 5 Gadget Impian Cabaran Bermula

Menurut DH, Contest iPhone 5 ini tiada saringan seperti contest Gadget Impian sebelum ini. Semua peserta diberi peluang untuk berjuang untuk memiliki iPhone 5. Berapa pemenang iPhone 5 akan hanya ditentukan berdasarkan kesungguhan semua peserta mungkin 1, 2 atau 3 masih belum ditetapkan. [ woowww…tapi susah oooo…. ] 

Semua peserta perlu berusaha menjadi Top 10 untuk setiap tugasan yang diberi kerana markah akan hanya diberikan kepada peserta yang berjaya menduduki top 10 untuk setiap tugasan. 10 Blogger yang berjaya mengumpul markah terbanyak untuk semua tugasan akan dinilai oleh Top Blogger. Pemenang akan ditentukan dari jumlah markah paling banyak dikumpulkan oleh peserta contest iPhone 5 gadget impian.

Syarat-syarat 

  • Peserta boleh mengubah suai kandungan entri penye rtaan tetapi tidak boleh mengirim entri baru. 
  • Jadikan entri iPhone 5 anda sebagai Sticky Entry selama tugasan berjalan.
  • Penganjur boleh mengubah syarat bila-bila masa mengikut kesesuaian. 

Tugasan-Tugasan 



1. Tugasan Pertama : Cabaran G +1. Peserta perlu mengumpulkan sebanyak mungkin klik G +1 untuk entri penyertaan anda. 


2. Tugasan Kedua : Cabaran SEO. Tempatkan blog anda antara top 10 di Google.com dengan keywords “iPhone 5 Gadget Impian“. 


3. Tugasan Ketiga : Undian Pembaca. Akan ada entri khas. 


4. Lima Top Blogger Malaysia akan menilai blog top 10 berdasarkan design, kandungan dan kesungguhan. 


Tarikh Tutup Cabaran 

Semua tugasan akan ditutup tepat jam 11.59 pm, 24-12-2012. 


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI


iPhone 5 Blogger Paling Hebat

Tugasan Ketiga 

  • Peserta perlu menjemput rakan-rakan dan saudara mara yang dekat dan jauh untuk singgah blog Denaihati dan mengundi blog peserta.
  • Pengundi boleh mengundi blog anda sehari sekali dan boleh diulang-ulang setiap hari sehingga tarikh akhir 24-12-2012. 
  • Pengundi boleh mengundi maksima 3 Blog pilihan setiap hari.
  • Pengundi MESTI menjadi ahli Denaihati Network kepada yang belum sila daftar / register di AHLI DENAIHATI NETWORK
  • Tugas peserta adalah mengumpul undian terbanyak untuk blog masing2. 




Tarikh Tutup Cabaran 

Semua undian akan ditutup tepat jam 11.59 pm pada 24-12-2012.


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI


iPhone 5 Hadiah Untuk Blogger

Ini adalah entri yang dinanti2kan oleh semua peserta. Jom tengok apa hadiah2 yang menanti para pesrta iPhone 5 Gadget Impian… 

Hadiah Contest iPhone Gadget Impian

Hadiah Tugasan Pertama 

1. Rm500 

2. RM300 

3. RM100 

Hadiah Tugasan Kedua 

1. RM500 

2. RM300 

3. RM100 

Hadiah Tugasan Ketiga 

1. RM500 

2. RM300 

3. RM100 

Hadiah Utama Contest iPhone 5 Gadget Impian


Setiap pemenang 1 – 5 akan membawa pulang 

Seunit iPhone 5 16GB (Harga iPhone 5 Malaysia RM2190) 
Sekuriti Blog untuk tiga bulan oleh Eizil.com 
Satu package promosi web hosting oleh Denaihati Network – Serverfreak
eBook Hartanah oleh Abangensem.com 
eBook SEO oleh Ariffshah.com 
eBook 37 Teknik Luar Biasa Menulis Blog oleh StudioAksara.com 
Sebuah buku “Khalifah Ganti Superman” oleh Tan Sri Muhamad Ali Hashim. 
Sebuah buku “Keajaiban Rezeki – Keajaiban Otak Kanan“ 
Sehelai T-Shirt DENAIHATI. 
Car Sticker DENAIHATI. 

Hadiah Saguhati Contest iPhone 5 Gadget Impian

Setiap pemenang 6 – 10 akan membawa pulang 

eBook Hartanah oleh Abangensem.com 
eBook SEO oleh Ariffshah.com 
eBook 37 Teknik Luar Biasa Menulis Blog oleh StudioAksara.com 
Sebuah buku “Khalifah Ganti Superman” oleh Tan Sri Muhamad Ali Hashim. 
Sebuah buku “Keajaiban Rezeki – Keajaiban Otak Kanan“ 
Sehelai T-Shirt DENAIHATI. 
Car Sticker DENAIHATI. 

Hadiah Misteri Contest iPhone 5 Gadget Impian

Kembara Muslim Kemboja 4H3M suami/isteri 


Tarikh Tutup Cabaran 

Semua undian akan ditutup tepat jam 11.59 pm pada 31-12-2012. ( Tarikh tutup terpaksa diubah kerana penganjur masih berada diluar negara atas urusan peribadi )


Untuk tahu lebih lanjut, sila klik DISINI


iPhone 5 hitam inilah gadget impian aku

Aku memang minat sangat kat iPhone 5 ni tapi untuk memilikinya amatlah mustahil kerana harganya yang terlalu mahal bagi aku. Sekarang ini pun aku cuma pakai handphone yang biasa2 je. Asal dapat pakai sms dan jawab pangilan, cukup ler bagi aku. Bila tengok orang pakai iPhone, terdetik juga perasaan cemburu kat dalam hati. Tapi apa boleh buat, 1000 kali aku nak pun...tak mampu juga aku miliki. Hehehe... Macam mana nak beli, dengar harga saja pun terbeliak biji mata…

Apa yang membuatkan aku nak iPhone 5?

1. iPhone 5 - Gadget Impian 

Aku nak sangat iPhone 5 ni sebab iPhone 5 adalah merupakan gadget impian aku. Aku mula minat kat iPhone 5 sejak aku baca entri2 iPhone 5 di blog Denaihati.Com. Setiap kali membaca entri2 seperti iPhone 5 Malaysia vs Singapore vs Hong Kong vs USA, iPhone 5 Malaysia Pertama, iPhone 5 vs Samsung Galaxy S3 Drop Test, iPhone 5 Gambar dan Video, iPhone 5 dilancarkan, iPhone 5 Countdown, iPhone 4S baru bukan iPhone 5 dan iPhone 5 dah sampai Malaysia membuatkan aku benar2 kagum dengan produk Apple ini dan jauh di sudut hati ingin memiliki tetapi apa kan daya, aku tak mampu untuk memiliki gadget yang terlalu mahal seperti iPhone 5 ini.

iPhone 5 gadget impian

2. iPhone 5 - Ringan dan nipis

Aku suka sangat kat iPhone 5 ini kerana ringan dan nipis. Dengan skrin 4 inchi dan berat cuma 112 gram. Tak lah berat aku nak bawa kemana2 saja.

Perbezaan iPhone 5 iPhone 4s

3. iPhone 5 - Tahan Lasak 

Yang paling best iPhone 5 ini tahan lasak. Jadi, sesuai sangat lah dengan aku yang agak ganas sikit ni. Sebelum ni aku pernah pakai handphone sony slide, jatuh sekali dah pecah skrinnya. Adeh!!! Tahan lagi nokia 3310…

Mana satu lebih tahan lasak? 

4. iPhone 5 - Kamera 8 megapixel

Fuhh!! 8 megapixel tuh... Kalau pergi jalan2, memang tak sah tak ambil gambar. Jadi, dengan iPhone 5 sudah pasti aku dapat mengambil gambar dengan terang dan jelas. Seronoknyer… 

Kamera 8 megapixel

iPhone 5 VS iPhone 4S

iPhone 5 VS Galaxy SIII

5. iPhone 5 - Bateri yang tahan lama 

Bateri iPhone 5 mampu bertahan selama 225 jam stanby dan 8 jam di gunakan untuk bertelefon atau melayari internet. Ketahanan bateri adalah salah satu sebab yang paling penting dalam pemilihan gadget sebab aku ni paling malas nak charge2 bateri ini. 

Ketahanan bateri amat penting sekali

Semoga impian aku untuk memiliki iPhone 5 ini akan tercapai. Kepada rakan2 yang sama mengikuti contest di Denaihati.Com, semoga berjaya. Sama2 kita mencuba nasib untuk mendapatkan iPhone 5 gadget impian kita semua. 

DENAIHATI - Hidupkan Untuk Memberi
&
Aku akan menerimanya dengan senang hati...
Cheewwahh...