Isnin, 30 April 2012

Slot Akasia TV3 - Cinta Buat Emelda

Cinta Buat Emelda, Slot Akasia

Drama Cinta Buat Emelda arahan Abang Bob Hashim memaparkan cerita yang penuh dengan konflik keluarga, cinta, persahabatan dan yang paling penting penuh dengan emosi. Drama bersiri 24 episod terbitan MIG Production Sdn Bhd, telah mula bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada 26 Mac 2012 jam 7 malam.

Drama ni membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Almy Nadia, Fizo Omar, Rabecca Nur Al-Islam, Erry Putra, Alex Yanz, Mustapha Kamal, Amran Ismail, Aida Khalida, Nuremy Ramli, Diana Amir, Shima Anuar, Kamal Faridz termasuklah pelakon comel, Adik Mia Sara Nasuha dan Adik Rykal Iskandar dan ramai lagi.

Amran Ismail ( Emeriz ) dan Diana Amir ( Azida )


Almy Nadia ( Emelda ), Fizo Omar ( Aeril Fatah ) dan Mia Sara ( Dania )






Mia Sara - Comel tak Mia



Almy Nadia - Watak Emeira berambut pendek



Turut dibantu oleh Erry Putra, Rykal Iskandar dan Nuremy Ramli


Sinopsis Drama Cinta Buat Emelda

Fizo Omar sebagai Aeril Fatah

Almy Nadia sebagai Emelda / Emeira.

Mia Sara Nasuha sebagai Dania

Diadaptasi daripada novel 'Kasih Antara Kita', drama tersebut berkisar mengenai kehidupan Emelda dan Emeira adalah saudara kembar. Kehidupan Emalda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania dan kematian kembarnya.

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mulai renggang. Walaupun tiada lagi persefahaman di antara Emeriz dan Emelda, namun Emeriz begitu menyayangi Dania.

Tanpa diduga, Emelda bertemu Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania. Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil mengimbas kembali waktu lalunya. Rupa paras Emelda menyerupai seseorang yang dikenalinya. Di fikiran Aeril, siapakah Emelda? Namun bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak 7 tahun yang lalu.

Aeril begitu berminat untuk mendekati dan menyelami sisi kisah hidup wanita bernama Emelda. Pada masa yang sama, Emelda gusar jika ia berlaku dan Aeril mahu merampas Dania daripadanya. Namun Emelda terpaksa akur apabila Aeril meminta penjelasan daripada Emelda mengenai Dania. Emelda mengaku bahawa Dania adalah anak Aeril.

Meskipun pada mulanya Aeril menjadi serba salah setelah mendapati Dania adalah anaknya, namun lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania mula memanggil Aeril, 'Papa'. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda walaupun Emelda tidak bersetuju.

Emelda telah menolak hasrat Aeril untuk mengahwininya, namun Aeril masih tetap dengan pendiriannya. Aeril menghantar rombongan meminang ke rumah Emelda tanpa pengetahuan keluarga Emelda. Aeril juga memberanikan diri memberitahu keluarga Emelda bahawa dia merupakan ayah kandung kepada Dania.

Emelda akhirnya terpaksa akur dengan hasrat Aeril dan sanggup memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah. Meskipun hatinya tidak pernah terbuka untuk insan yang bernama Aeril Fatah, namun demi Dania dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh. Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta?


Rosak Otak Akibat Makan KFC

KFC makanan segera yang amat digemari termasuk di Malaysia

Sebuah restoran Kentucky Fried Chicken ( KFC ) di pinggir Sydney

SYDNEY, Australia - Rangkaian makanan segera Kentucky Fried Chicken ( KFC ) diperintah oleh sebuah mahkamah Australia supaya membayar ganti rugi sebanyak AS$8.3 juta ( RM25.26 juta ) kepada keluarga seorang gadis yang lumpuh kerana kerosakan otak selepas dia memakan hidangan KFC yang tercemar 7 tahun yang lalu.

Ketika kejadian itu berlaku pada tahun 2005, gadis tersebut, Monika Samaan berusia tujuh tahun. Samaan, ibu bapa dan saudara lelakinya terpaksa dirawat di sebuah hospital kerana keracunan bakteria salmonella selepas mereka memakan hidangan Twister ayam di sebuah restoran KFC dekat sini.

KFC yang dimiliki oleh Yum! Brands dalam satu kenyataan menyifatkan kes itu sebagai tragis tetapi ia kecewa dan terkejut dengan keputusan itu. Kenyataan yang sama menyatakan KFC akan membuat rayuan berhubung keputusan berkenaan.

Pada minggu lalu, seorang hakim Mahkamah Agung New South Wales memihak kepada keluarga Samaan dengan menyatakan, KFC telah melanggar tanggungjawab untuk menyediakan penjagaan kepadanya. Hakim itu kemudian mengumumkan RM25.26 juta sebagai bayaran ganti rugi dan kos perbicaraan tersebut.

Media Australia memetik peguam gadis tersebut, George Vlahakis sebagai berkata, kos rawatan Samaan yang tinggi menyebabkan keluarganya ditimpa masalah kewangan.

"Pampasan itu amat di perlukan oleh mereka," kata Vlahakis.   

Mahkamah diberitahu bahawa Monika berada dalam koma selama enam bulan selepas dia, ibu bapa dan abangnya jatuh sakit dengan muntah-muntah selepas berkongsi Twister, lapor AAP, yang dipetik BBC.

Monika Samaan - Gadis malang yang hanya bergantung pada kerusi roda



Ahad, 29 April 2012

Peserta Perhimpunan BERSIH 3.0 di sogok dengan wang.

Perhimpunan Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: Ego pembangkang yang selama ini mendabik dada bahawa mereka tidak perlu atau pernah ‘memberikan wang’ untuk menarik kehadiran penyokong dalam satu-satu aktiviti atau perhimpunan yang dianjurkan, memakan diri semalam.

Bagi mereka, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang perlu ‘menyuap’ duit atau menaja sesuatu bagi menarik kehadiran khalayak sedangkan realitinya pada perhimpunan haram yang disokong pembangkang di ibu negara semalam menceritakan sebaliknya.

Perhimpunan BERSIH 3.0 kononnya untuk menuntut sistem pilihan raya yang bersih dan adil tetapi mereka sendiri sebenarnya ditaja oleh pihak tertentu, begitu juga kerajaan negeri.

Perkara itu didedahkan oleh beberapa peserta dari Kelantan yang mana kedatangan mereka ditaja sepenuhnya meliputi pengangkutan, penginapan dan keperluan lain seperti belanja makan.

Menurut Wan Ismail Wan Mad, 34tahun, beliau telah tiba di Kuala Lumpur sejak tiga hari lepas dari Tumpat dengan menaiki bas yang ditaja PAS bahagian itu. Katanya selain disediakan hotel, beliau dan peserta lain turut diberi ‘duit poket’ sebanyak RM150 setiap seorang. "Semasa perhimpunan tahun lepas (9 Julai 2011) saya turun berdemo guna duit sendiri, sekarang diberi duit poket serta disediakan bas dan hotel. Jadi lagi bersemangatlah kami turun ke mari (Dataran Merdeka)" katanya ketika ditemu bual.

Seorang remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Azli, 25 tahun, berkata peluang untuk turun berhimpun dengan segala perbelanjaan, termasuk duit poket disediakan kerajaan PAS Kelantan, menjadi dorongan utama kepadanya untuk turut serta dalam perhimpunan itu. "Kami turun dua bas dari Pasir Mas untuk demo kali ini, kami tinggal di hotel berdekatan bagi memudahkan perjalanan ke Dataran Merdeka" katanya.

Pasangan suami isteri berusia sekitar 50-an, dari Kedah pula berkata mereka didatangkan dengan 20 buah bas dengan dikenakan bayaran serendah RM10 seorang, berbanding harga tambang biasa kira-kira RM100 pergi dan balik dari Alor Setar ke Kuala Lumpur. Beliau yang hadir bersama suaminya sejak kelmarin dan ditempatkan di sebuah hotel berdekatan Dataran Merdeka berkata, tambang semurah itu memberi lebih dorongan untuk mereka turun ke ibu negara.

Sementara itu, Azizah, 23 tahun, dari Permatang Pauh pula berkata beliau datang bersama saudara-maranya bagi memberi sokongan kepada perhimpunan itu. Katanya, mereka yang didatangkan dengan sebuah bas turut diberikan RM20 seorang sebagai wang belanja, didakwa diterima daripada seseorang bernama Mansor. “Yang menghairankan saya ialah kenapa hanya sebuah bas sahaja dari Permatang Pauh,” katanya.


BERSIH 3.0 di Miri, Sarawak.





Sebelum Perhimpunan BERSIH 3.0 

Akan diadakan di perkarangan Pejabat Daerah Miri






jadual bersih 3.0, video bersih 3.0 terbaru, bersih 3.0, bersih 3.0 28 april 2012, video pdrm bersih 3.0

Bersih 3.0 bermula jam 2 petang pada 28 April 2012 di 11 lokasi di Malaysia dan 69 bandar di seluruh dunia. 

Perhimpunan Bersih 3.0 juga akan diadakan di Ipoh Perak, Johor Bahru, Kuantan, Melaka, Penang, Kota Kinabalu Sabah, Seremban, Kuching Sarawak, Miri Sarawak dan Sibu Sarawak.




Gambar - gambar semasa Perhimpunan BERSIH 3.0 sedang berlangsung.



















Perhimpunan BERSIH 3.0 di Miri berlangsung tanpa berlakunya sebarang rusuhan atau kekecohan. 
Tahniah penduduk Miri!!