Ahad, 19 Ogos 2012

Ibu Dan Dua Anak Terbunuh Kereta Dinaiki Bertembung Van


BACHOK - Seorang ibu dan dua anaknya terbunuh manakala seorang lagi anggota keluarganya cedera, apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah van muatan ais kiub di Jalan Kota Bharu-Pasir Puteh, dekat Kampung Mahligai di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, Maisarah Mohd. Ali, 34, yang memandu kereta tersebut dan anaknya Zakiah Hanim Uda, 4, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi anaknya, Rashidah, 3, meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Anak saudara Maisarah, Aishah Shafikah Mohd. Zuki, 7, mengalami cedera parah dan patah paha kirinya, kini dirawat di hospital yang sama dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Ab. Rahim Che Ghani, berkata, mayat ketiga-tiga mangsa dibedah siasat di HUSM sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan