Khamis, 2 Ogos 2012

Lelaki Dirasuk Ketika Memancing

Gambar Hiasan

KUCHING: Seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas berkelakuan aneh dipercayai dirasuk ketika memancing di sebuah semak berdekatan tempat kerjanya, malam kelmarin.

Mangsa, 18, berasal dari Kerokong, Bau semasa kejadian dikata-kan bersama seorang rakan sedang memancing di sebuah sungai berdekatan asrama mereka di Batu 9, Jalan Kuching-Serian sekitar jam 8 malam.

Bagaimanapun, menurut rakan mangsa, mereka telah dikejutkan dengan bunyi teriakan burung yang kemudian menyebabkan mangsa tiba-tiba meraung dan meracau.

Rakan mangsa cuba menenangkannya, tetapi gagal sebaliknya mangsa kelihatan lebih agresif sehingga menyebabkan mangsa terpaksa mendapatkan pertolongan daripada rakan-rakan lain.

“Dia (mangsa) seperti dirasuk, keadaan matanya berubah serta suaranya menakutkan. Selain itu, dia juga meraung meminta kami tinggalkan dia ketika kami cuba membawa dia keluar dari hutan tersebut,” kata rakan mangsa yang enggan dikenali.

Keadaan mangsa beransur pulih selepas menerima rawatan di HUS dan dibenarkan pulang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan