Jumaat, 3 Ogos 2012

Serangan Lanun: 12 Kelasi Kapal Terselamat


COTABATO – Seramai 12 orang kelasi kapal yang diserang oleh lanun di barat Pacifik mengambil masa tiga hari untuk berpaut di rakit getah sebelum diselamatkan oleh anggota penyelamat Filipina.

Komander Marin, Kolenal Alex Balutan berkata, kesemua mereka terdiri daripada enam rakyat Malaysia, lima warga Indonesia dan seorang warga Burma dipaksa keluar kapal oleh lanun yang menyerang mereka ketika mereka sedang mengangkut satu muatan barang-barang mentah dari Indonesia.

Katanya lagi, kesemua mangsa ditemui oleh nelayan semalam ketika sedang berpaut di dua rakit getah di perairan pulau di selatan Mindanau.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan