Rabu, 15 Ogos 2012

Kerani Kerajaan Pecah Amanah Lebih RM12,000

Suspek diiringi anggota polis ke Mahkamah Majistret Limbang 

LIMBANG: Tindakan seorang kerani kerajaan yang bertugas di kaunter pembayaran mengeluarkan resit rasmi tidak dicetak menggunakan komputer kepada pelanggannya berjaya membongkar perbuatannya selamasetahun yang menggelapkan duit kerajaan berjumlah lebih RM12,000.

Suspek berusia 45 tahun ditahan di pejabatnya tengah hari kelmarin sebelum ditahan reman selama tiga hari bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata, perbuatan itu dilakukan suspek sejak awal tahun 2010 sehingga 2011.

Beliau berkata, pihaknya menerima 20 aduan berkaitan tindakan suspek mengeluarkan resit rasmi yang tidak dicetak menggunakan komputer.

“Sebaliknya suspek hanya mengeluarkan kertas bukan cetakan komputer sebelum menggunakan cop rasmi agensi terbabit dan menandatangani kertas berkenaan,”katanya.

Mohd Bukhori berkata,suspek cuba memperdaya pelanggan dengan memberikan alasan sistem komputer tergendala.

Beliau menjelaskan, tindakan mencurigakan itu menyebabkan pelanggan membuat aduan sulit kepada pengurusan tertinggi agensi kerajaan itu.

Katanya lagi, laporan polis dibuat pada bulan Mei lepas dan suspek berbangsa Melayu akan disiasat di bawah Seksyen409 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan