Kereta yang parkir di Lorong 27 Jalan Brooke Drive nyaris dicuri
SIBU: Lima buah kereta yang diletakkan oleh pemilik-pemiliknyadi Lorong 27 JalanBrooke Drive, di sini nyaris dicuri pagi semalam.
Dalam kejadian sekitar jam11 pagi semalam, beberapa orang penghuni yang tinggal di kawasan berdekatan ternampak tingkah laku tiga orang lelaki yang mencurigakan.
Mungkin menyedari gelaga tmereka sedang diperhatikan, ketiga-tiga lelaki tersebut bertindak melarikan diri dengansebuah kereta dipercayai berwarna hitam.
Apabila memeriksa keadaan kereta, semua pemilik kereta yang terbabit mendapati kereta mereka mempunyai kesan kumpilan di bahagian cermin sisi dan juga bahagian kunci pintu kereta masing-masing.
Malah, salah seorang pemilik kenderaan pacuan empat roda yang turut meletakkan keretanya di situ mendapati sebahagian daripada pembaris masih tersangkut di dalam pintu hadapannya.
Pasukan polis turut dikerahkan ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan