Rabu, 15 Ogos 2012

Wanita Ugut Bunuh Diri Selepas Kekasih Warga Nigeria Diberkas


PUCHONG - Seorang wanita Nigeria cuba menimbulkan kekecohan apabila dia mengugut untuk menikam diri sendiri selepas kekasihnya dari negara yang sama diberkas dalam serbuan oleh Jabatan Imigresen di Bandar Kinrara di sini.

Dalam operasi selama dua jam bermula pada pukul 12.30 tengah malam, wanita itu mulanya enggan melepaskan kekasihnya itu daripada dibawa anggota penguat kuasa dengan memeluk erat lelaki itu.

Namun selepas didesak pihak penguat kuasa, wanita berkenaan meluru ke dapur dan mengambil sebilah pisau pemotong sayur sebelum mengacukan senjata itu ke perutnya sambil mengugut akan mencederakan diri sendiri jika kekasihnya ditangkap.

Kekasih wanita itu ditangkap kerana tiada dokumen perjalanan yang sah manakala wanita itu pula mempunyai dokumen perjalanan yang lengkap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan