KUCHING: Seorang ramajalelaki mengalami kecederaan serius pada lututnya serta dikhuatiri mengalami patah tulang kaki kirinya selepas dirempuh sebuah kereta malam kelmarin.
Mangsa, 25, semasa kejadian dikatakan menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda pada jalan sehala berdekatan sebuah kawasan perumahan di Demak Lautsekitar jam 10 malam.
Bagaimanapun, mangsa yang dikatakan menunggang motosikalnya dalam keadaan tidak berlampu telah menyebabkan sebuah ProtonWaja yang datang dari arah bertentangan merempuhnya.
Mangsa dikatakan terpelanting dari motosikalnya akibat rempuhan tersebutsehingga menyebabkan kecederan di beberapa bahagian badan termasuk luka serius pada bahagian lutut dan dikhuatiri mengalami patah tulang kaki kirinya.
Orang awam yang melihat kejadian segera membantu mangsa sebelum menghantarnya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.
Bagaimanapun, pemandu kereta Proton Waja tersebut dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan