Jumaat, 11 Januari 2013

Tindakan Pantas Selamatkan Bilik Sewa Terbakar


MIRI: Tindakan pantas orang awam berjaya menyelamatkan sebuah bilik sewa daripada musnah dijilat api dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Merpati di sini pagi semalam.

Menurut sumber, kebakaran jam 11 pagi itu mula dilihat seorang pelanggan sebuah kedai makan yang ketika itu baharu hendak meletak kenderaannya.

Ketika hendak meletakkan kenderaannya, tiba-tiba pelanggan terbabit ternampak api keluar dari jendela bilik sewa berkenaan yang terletak di tingkat atas lalu memberitahu pemilik premis tentang kebakaran tersebut.

Tanpa berlengah, pemilik premis terus bergegas naik ke tingkat atas untuk memadamkan api berkenaan.

Mereka turut menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mendapatkan bantuan.

Difahamkan ketika kejadian, semua penyewa di tingkat atas telah keluar bekerja.

Dalam pada itu, pihak bomba akan menjalankan siasatan terperinci di tempat kejadian untuk mengetahui punca sebenar kebakaran tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan