Isnin, 29 Oktober 2012

Obama Dahului Romney 4 Peratus Ddi Ohio

Barack Obama

Barack Obama mendahului pencabarnya Mitt Romney

OHIO - Satu pungutan suara yang diadakan oleh CNN/ORC International mendapati Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mendahului pencabarnya daripada Parti Republikan, Mitt Romney di negeri penting, Ohio kurang dua minggu sebelum pilihan raya presiden berlangsung.

Menurut kaji selidik yang disiarkan pada Jumaat lalu itu, Obama mendahului Romney sebanyak 4 peratus.

Kaji selidik yang dilakukan menerusi panggilan telefon itu dijalankan dari 23 hingga 25 Oktober 2012. Ia melibatkan 1,009 orang dewasa yang terdiri daripada 896 pengundi berdaftar dan 741 orang yang akan mengundi.

Sebelum keputusan itu diumumkan, pengerusi negeri Ohio kem Romney, Senator Rob Portman mengakui Republikan mesti menang di Ohio. “Jika kalah di Ohio, memang sukar untuk kami memenangi pilihan raya presiden ini,” kata Portman.

Dalam perkembangan lain, jumlah pengundi yang membuat pengundian awal mungkin boleh mencecah sebanyak 40 peratus.

Malah pungutan suara dalam kalangan mereka yang telah mengundi menunjukkan Obama mendahului Romney dengan agak selesa.

Obama dan Romney kini sibuk menggesa para penyokong mereka supaya mengundi lebih awal daripada tarikh pilihan raya iaitu 6 Oktober depan terutama di negeri-negeri penting.

Pengundian awal yang dimulakan di beberapa buah negeri sejak September lalu kini sudah dilakukan di semua 50 buah negeri, sama ada menerusi pos atau undian secara peribadi.

Bagi membuktikan mengenai pentingnya undian awal, Obama menjadi Presiden AS pertama yang mengundi awal apabila beliau menunaikan tanggungjawab itu di Chicago pada Khamis lalu. – Agensi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan