Sabtu, 18 Mei 2013

Mati Lemas

Anggota polis mengangkat mayat Ismail yang ditemui mati lemas

JEMPOL – Seorang peneroka dari Felda Lui Muda dekat sini menemui ajal dalam keadaan menyayat hati apabila dihempap motosikal yang ditunggangnya sebelum tersembam dan lemas di dalam sebatang anak sungai dekat Felda Lui Barat dekat sini kelmarin.

Mayat Ismail Md. Sharif, 71, yang dipercayai telah meninggal dunia dalam tempoh lapan jam berikutan keadaan mayatnya yang masih elok ditemui pada pukul 5.15 petang oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

Difahamkan, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan dari Bahau ke rumahnya di Felda Lui Muda.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias memberitahu, siasatan awal pihaknya percayai motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang mangsa telah terbabas sebelum terjunam ke dalam anak sungai tersebut.

“Kita percaya ketika kejadian hujan lebat yang mungkin menyebabkan anak sungai itu dipenuhi air dan mengakibatkan mangsa lemas.

“Ketika ditemui, mayat mangsa dihempap oleh motosikal tersebut dan kita percaya mangsa telah mati lapan jam sebelum ditemui,” katanya di sini semalam.

Kes diklasifikasikan sebagai mati lemas dan polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian. - KOSMO


Jolie Ditawar Berbogel Untuk Playboy


Angelina Jolie

LOS ANGELES - Satu sumber memberitahu, majalah Playboy akan membayar wang kepada aktres Angelina Jolie untuk berbogel, lapor portal hiburan HollywoodLife.com kelmarin.

Menurut sumber itu, majalah bogel itu sanggup membuat bayaran yang besar bagi memdapatkan gambar bogel Jolie selepas dia menjalani satu siri pembedahan untuk membuang dan membentuk semula payudaranya.

"Mereka (pihak pengurusan Playboy) akan memasukkan wang tersebut ke dalam bank untuk menjadikan tawaran itu menjadi realiti," katanya.

Pada awal minggu ini, Jolie mendedahkan dia telah menjalani pembedahan membuang dan membentuk semula payudaranya menerusi satu artikel di akhbar New York Times.

Menurut artikel tersebut, pada awal Februari hingga April lalu, tunang kepada aktor Brad Pitt itu menjalani pembedahan mastektomi pada kedua-dua payudaranya.

Dia melakukan pembedahan itu selepas mengetahui dirinya membawa gen yang boleh menyebabkannya menghidap kanser payudara dan ovari.

Jolie, 37, diberitahu peluangnya mendapat kedua-dua kanser tersebut masing-masing sebanyak 87 peratus dan 50 peratus.

Ibunya, Marcheline Bertrand meninggal dunia kerana menghidap kanser yang sama pada usia 56 tahun. - Agensi


Mati Dikelar Selepas Bergaduh


SEREMBAN - Sekumpulan sahabat yang pergi berhibur di sebuah pusat karaoke terperanjat besar apabila mendapati salah seorang rakan mereka mati sambil bersandar di pintu keluar premis tersebut dengan kesan kelar di leher di bangunan Terminal 2 di sini semalam.

Mohd. Hairulnizam Hanafiah, 23, ditemui dalam keadaan berlumuran darah pada pukul 3 pagi selepas mangsa dikatakan terlibat dalam pergaduhan dengan sekumpulan samseng di pusat hiburan tersebut.

Sebelum kejadian, mangsa bersama tujuh lagi rakannya, empat lelaki dan tiga wanita, datang ke premis berkenaan pada pukul 12 tengah malam untuk berhibur. Difahamkan, mereka telah menempah dua bilik berasingan dan bersebelahan di pusat hiburan berkenaan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketika sedang berhibur, salah seorang rakan perempuan mangsa yang berada di bilik lain terdengar bunyi kecoh seperti mangsa sedang bergaduh. 


GRO Leka Layan Pelanggan Dicekup

GRO Thailand yang dicekup di sebuah pusat hiburan di Damansara Utama

PETALING JAYA – Tembelang pemilik sebuah pusat hiburan menggaji pegawai perhubungan pelanggan (GRO) asing untuk menarik perhatian pengunjung sejak sebulan lalu terbongkar apabila diserbu di Damansara Utama di sini kelmarin. Serbuan pukul 11.45 malam itu dapat memberkas 20 GRO Thailand berusia antara 20 hingga 30-an.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan mendapati premis tersebut pernah diserbu pada awal tahun ini namun beroperasi semula sejak sebulan lalu.

“Premis itu didapati menggunakan khidmat GRO untuk menarik pelanggan membeli minuman keras dan diberi tip antara RM5 hingga RM30.

“Jika pelanggan mahu mendapatkan perkhidmatan seks, mereka perlu berunding sendiri dengan GRO berkenaan,” katanya di sini semalam.

Ketika serbuan, kesemua wanita asing termasuk dua daripadanya yang tidak memiliki pasport sedang leka melayan kira-kira 35 pelanggan.

Serbuan yang diketuai oleh Inspektor Ahmad Izuddin Mohd. Juhari itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun dipercayai penjaga premis.

Menurut Arjunaidi, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. - KOSMO


Jumaat, 17 Mei 2013

Terminum Racun Akibat Terlalu Haus

Rakan-rakan mengangkat mangsa yang pengsan selepas tersalah minum racun

KUCHING: Gara-gara terlalu dahaga, seorang lelaki warga Indonesia terminum racun rumput di sebuah ladang kelapa sawit, pagi semalam.

Mangsa, 45, semasa kejadian dikatakan bekerja di ladang tersebut yang terletak di Rambungan, dekat sini dan berehat seketika sekitar jam 9 pagi berikutan cuaca panas.

Menurut sumber, ekoran terlalu dahaga, mangsa dikatakan mengambil sebuah botol yang mengandungi racun rumput dan terus meminumnya tanpa memeriksa isi kandungannya.

Menyedari bahawa air yang diminumnya adalah racun rumput, mangsa cuba memuntahkan air tersebut semula namun tidak berjaya sebelum pengsan di tempat kejadian.

Melihat keadaan mangsa, rakan-rakannya bergegas membawa mangsa kepada majikan mereka sebelum mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Berikutan jarak di antara ladang tersebut dengan HUS agak jauh, mangsa tiba di hospital sekitar kira-kira dua jam kemudian menggunakan sebuah pikap.

Sehingga berita ini ditulis semalam, keadaan mangsa masih belum dapat dipastikan dan masih menerima rawatan di HUS.


Semua Ada Disini!! Jom Klik!!










Mayat Mangsa Bunuh Ditimbus Sedalam Lima Kaki

Gambar Hiasan

MIRI: Dua mayat warga asing dipercayai mangsa bunuh ditemui tertimbus pada kedalaman lima kaki di sebuah tapak pembinaan berhampiran sebuah taman perumahan di sini, tengah hari semalam.

Bagaimanapun, identiti sebenar kedua-dua mangsa terbabit yang dipercayai mempunyai pertalian saudara iaitu bapa dan anak lelaki, masih belum diketahui.

Lokasi mayat kedua-dua mangsa ditanam berjaya dikesan dengan bantuan seekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di sini sekitar jam 9.30 pagi semalam.

Menurut sumber, sekitar jam 8 pagi semalam, seorang penyelia di tapak pembinaan itu telah membuat laporan di Balai Polis Lutong yang mendakwa beberapa pekerjanya tidak turun bekerja sejak enam hari, iaitu 11 Mei lalu.

Penyelia terbabit juga memberitahu ada menerima maklumat yang mengatakan ada di antara pekerjanya telah dibunuh dan mayatnya ditanam di kawasan pembinaan terbabit, justeru meminta polis pergi ke tempat tersebut untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Berikutan itu, sepasukan polis diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Superintenden Stanley Jonathan Ringgit bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menemui lokasi mayat ditanam dengan bantuan seekor anjing pengesan dari Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Daerah Miri.

Selain bau busuk, polis mendapati kesan timbusan tanah di lokasi mayat ditanam juga masih baharu dan serentak itu, kerja-kerja penggalian dilakukan oleh anggota polis dengan menggunakan peralatan cangkul dan penyodok tanah.

Namun, memandangkan kedudukan mayat yang agak dalam iaitu lima kaki serta ditutupi dengan beg-beg simen sebelum ditimbus dengan tanah di bahagian atasnya, polis terpaksa meminta bantuan menggunakan sebuah jengkaut di tapak pembinaan tersebut untuk mempercepatkan usaha penggalian mayat-mayat terbabit.

Mayat kedua-dua mangsa hanya berjaya dikeluarkan sekitar jam 12.30 tengah hari.

Ketika ditemui, mayat terbabit yang dimasukkan ke dalam dua guni berasingan dengan bahagian kaki diikat sudah mulai reput dan berada pada jarak tiga kaki antara satu sama lain.

Pemeriksaan lanjut juga mendapati bahagian kepala kedua-dua mangsa hampir putus, sementara perut terburai dipercayai ditetak dengan objek tajam.

Kedua-dua mangsa yang dipercayai anak dan bapa berdasarkan keadaan fizikal salah satu mayat yang agak kecil merupakan pekerja di tapak pembinaan tersebut.

Difahamkan, pada malam Jumaat lalu telah berlaku satu pergaduhan di tapak pembinaan tersebut membabitkan dua etnik iaitu Madura dan Sambas.

Berikutan penemuan mayat itu, polis telah pergi ke rumah pekerja yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi mayat ditemui yang dipercayai tempat pergaduhan berlaku untuk mencari petunjuk namun kemudian mendapati rumah pekerja terbabit telah dikosongkan.

Para pekerja terbabit dipercayai telah melarikan diri sejurus selepas pergaduhan berlaku pada malam Jumaat, 10 Mei lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah (KPD) Miri, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mun Kock Keong ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat kedua-dua mangsa yang dipercayai berketurunan Sambas dan berasal dari Indonesia.

“Kedua-dua mangsa kemungkinan dibunuh dan mayatnya ditanam di tapak pembinaan itu. Namun motif sebenar kejadian masih belum diketahui dan polis akan menjalankan siasatan lanjut,” katanya ringkas sambil memberitahu akan mengadakan sidang media berhubung kes itu hari ini.

Lelaki Melecur Pemetik Api Meletup Ketika Merokok


SIBU: Seorang lelaki melecur di bahagian muka dan dadanya akibat pemetik api yang tiba-tiba meletup semasa beliau sedang menyalakan rokok.

Kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam kelmarin semasa mangsa, 34, berketurunan Iban sedang memandu sebuah Land Cruiser pulang ke rumahnya di Pekan Song.

Nasib baik mangsa mampu memandu sampai ke rumahnya dan bergegas meminta isterinya untuk menghantarnya ke klinik.

Setelah dirawat mangsa yang mengalami kelecuran sebanyak empat peratus di bahagian muka, terpaksa menahan kesakitan di bibir yang mengelupas serta matanya kepedihan akibat percikan cecair gas pemetik api tersebut. Bahagian leher dan dada mangsa yang juga terkena percikan api turut melecur.

Mangsa telah dirujuk ke Hospital Sibu pagi semalam untuk mendapat rawatan lanjut.

Keadaan mangsa kini dilaporkan stabil namun ia tidak dapat dipastikan sama ada percikan cecair gas pemetik itu akan memberi kesan terhadap matanya.

Minum Arak, Dua Pelajar Dakwa Dibelasah Teruk Empat Guru

Gambar Hiasan

KUCHING: Gara-gara ditangkap minum minuman keras di asrama, dua pelajar dibelasah teruk dipercayai oleh guru mereka di tepi jalan raya di Demak Laut dekat sini, pagi kelmarin.

Insiden tersebut difahamkan berlaku selepas kedua-dua pelajar tersebut dipaksa mengikuti empat lelaki yang dipercayai guru mereka sekitar jam 8.30 pagi.

Menurut seorang daripada pelajar tersebut, ketika tiba berdekatan Perumahan Kastam yang terletak di Jalan Demak, kedua-dua mereka telah disuruh keluar dari kereta.

“Selepas itu, kami berdua telah ditumbuk, ditampar, disepak menggunakan tangan dan kaki serta dipaksa baring di atas jalan raya sebelum mereka memijak perut kami,” katanya.

Kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 19 dan 21 tahun itu dikatakan mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian.

Difahamkan, kedua-dua mangsa yang menuntut di sebuah institusi kemahiran di situ berasal dari Kota Belud, Sabah.

Siasatan polis berhubung kejadian masih dijalankan.