Sabtu, 30 Jun 2012

Ayat2 Cinta


Cinta letaknya di hati meskipun tersembunyi namun getarannya begitu jelas sekali… Ia mampu mempengaruhi fikiran sekaligus mengendalikan tindakan kita sehingga kadangkala kita melakukan hal tak terduga tanpa kita sedari…


Dibunuh Angkara Tolak Lamaran


AMPANG JAYA - Seorang gadis yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dibunuh kejam apabila dia diserang sebelum dibakar hidup-hidup di depan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran di sini kelmarin.

Dalam kejadian menyayat hati pada pukul 9.30 malam itu, mangsa P. Yoga Ambiga, 27, seorang kerani sebuah bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur mati dalam keadaan seluruh badannya bertukar putih akibat melecur seratus peratus.

Mangsa cuba diselamatkan oleh jiran namun gagal. Sebelum diserang, Yoga yang membawa bungkusan makanan mahu membuka pintu rumah tetapi terlebih dahulu diserang dan dibakar oleh tiga suspek.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, selepas diserang dari belakang, sekumpulan suspek terus menyimbah sejenis cecair dipercayai minyak tanah ke badan mangsa sebelum mencucuh api.

"Tidak sampai lima minit badan mangsa hangus terbakar. Mangsa sempat menjerit namun jiran-jiran gagal menyelamatkan mangsa kerana badannya terbakar sepenuhnya," kata beliau ketika dihubungi.


Coretan - Kasihannya gadis malang ni...mudah2an penjenayah dapat ditangkap...



Populasi Buaya Bi Sg Bako Meningkat

KUCHING: Populasi buaya di Sungai Bako dipercayai meningkat dua kali ganda berbanding awal tahun 80-an. Mengimbas kembali tahun 1982, tiga ekor buaya ditemui bagi setiap 10 kilometer sungai, namun sejak akhir-akhir ini bilangannya meningkat kepada enam ekor, kata Pemangku Timbalan Pengurus Besar Sarawak Forestry Corporation (SFC) Bahagian Pemuliharaan Biodiversiti dan Kawasan Lindungan, Oswald Braken Tisen.

“Bagaimanapun, kita tidak dapat memberitahu sebetul-betulnya mengenai populasi buaya kerana kebanyakannya menetas,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Oswald menambah, terdapat anak buaya yang baharu menetas mungkin dimakan buaya lain sebelum dewasa.

“Saintis mendapati hanya satu daripada beribu telur selamat manakala buaya mampu bertelur 30 hingga 50 biji setahun,” ujarnya.

Sementara itu, Kontroler Hidupan Liar, Ali Yusof berkata, permit untuk membunuh buaya sudah dikeluarkan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan bilangan permit yang dikeluarkan setakat ini.

Mengulas mengenai insiden buaya menyerang manusia, Oswald memberitahu, ia memang kerap berlaku disebabkan naluri semula jadi reptilia berkenaan.

“Buaya dilahirkan untuk menggigit. Kebanyakannya menyerang apabila manusia menggunakan air sungai sekali gus berinteraksi dengan habitat,” jelasnya - Utusan Borneo
 

Ayat2 Cinta


Aku tahu kau terluka…
Luka yang tak mungkin dapat kau lupa…
Aku tahu kau kecewa…
Kecewa yang tak mungkin terucap dengan kata-kata…
Aku tahu kau derita…
Derita meratapi cinta kita tak kesampaian…
Maafkan aku yang tak sempurna…
Sesempurna cinta dan kasihmu padaku…

Osman Kering Meninggal Dunia

Tinggal Kenangan - Osman Kering

Mohammad Al- Anas (kanan) melihat wajah ayahnya buat kali terakhir

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak, Osman Kering atau nama sebenarnya Osman Kassim 59, menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini pada pukul 3.45 petang semalam.

Allahyarham yang menghidap penyakit batuk kering sejak beberapa tahun lalu meninggal dunia akibat kegagalan organ dalamannya berfungsi.

Menurut anak sulung Allahyarham, Mohammad Al- Anas, 28, bapanya mengalami bengkak pada bahagian otak sejak Isnin lalu dan ia semakin teruk sejak beberapa hari lepas.

“Doktor beritahu bengkak tersebut disebabkan aliran darah dan oksigen tidak sampai ke otaknya dengan baik.

“Selain itu, paru-parunya berfungsi sebelah sahaja manakala sebelah lagi sudah lama rosak,” katanya ketika ditemui.


Siah Pernah Bermimpi Didatangi ‘Pak Haji’

SARATOK: “Suara Siah masih terngiang-ngiang di telinga saya sewaktu dia menjerit meminta pertolongan kami yang berada dekat di situ,” kata Tuai Rumah Embol Asom, dari Sungai Anak Pelunga, Roban.

Embol berkata, beliau kesal kerana tidak dapat menyelamatkan isterinya daripada dibaham buaya ganas yang digembar-gemburkan dengan nama Bujang Seblak itu.

“Kami sudah sedaya upaya untuk mengeluarkan Siah daripada rahang buaya itu dengan bantuan rakan yang lain, namun tidak berjaya dan saya akur Tuhan lebih sayangkan dia untuk pergi dulu,” katanya.

Embol menceritakan, beliau masih teringat bahawa mendiang isterinya pernah bermimpi dan menceritakan mimpinya kepadanya keesokan hari.

“Seminggu sebelum kejadian, mendiang menceritakan mimpinya bertemu dan didatangi oleh seorang Pak Haji yang tidak dikenalinya.

“Pak Haji itu berkata padanya bahawa di sungai itu masih lagi ada seekor buaya ganas dan buaya di sungai itu nanti akan meminta satu lagi nyawa salah seorang penduduk di sini,” katanya.

Embol menambah, ‘Pak Haji’ itu juga memberi amaran supaya berhati-hati dan bila-bila masa saja buaya itu akan mencari dan mengambil nyawa serta mengancam sesiapa saja di rumah panjang itu.

“Sejurus selepas mendengar mendiang menceritakan semua mimpinya, saya mengarahkan penduduk rumah panjang ini mengadakan upacara ‘miring’ dan tolak bala pada malamnya untuk berdoa kepada Tuhan bagi memberkati permintaan dan mendapat perlindungan daripada sebarang ancaman,” katanya.

Beliau percaya ramalan daripada mimpi tersebut adalah tidak baik kepada kaum Iban dan tidak menyangka perkara itu benar-benar terjadi.

“Selepas kami melakukan upacara ‘miring’ kami berharap apa yang dimimpikan oleh mendiang akan hilang dan lenyap terus tetapi kini ia menjadi kenyataan dan ia betul-betul datang untuk mengambil nyawa isteri saya sendiri,” katanya dengan nada sedih.

Beliau juga tidak menyangka mimpi yang diceritakan oleh mendiang Siah menjadikan dia mangsa keempat oleh Bujang Seblak.

“Saya bertekad untuk mencari dan memburu buaya tersebut sehingga dapat dan ia menjadi dendam kesumat kepada kami sekeluarga selagi buaya tersebut belum ditemui.

“Kami percaya, buaya tersebut ada kaitan dengan tiga mangsa sebelum ini dan buaya itu adalah sama yang telah mengorbankan mangsa (Siah),” katanya lagi - Utusan Borneo


Ayat2 Cinta


Sejak aku mengenali dirimu…
Baru aku kenal erti cinta…
Baru aku tahu erti rindu…
Baru aku sedar erti bahagia…
Tetapi mengapa semuanya hanya seketika…
Kau pergi meninggalkan aku…
Sungguh tidak aku menduga…
Kebahagiaan yang aku cari, kekecewaan yang menanti…


Wanita Dakwa Dipukau Dan Dirogol

KUCHING: Seorang wanita dari Taman Three Hills mendakwa dirinya dipukau dan kemudian dirogol oleh seorang bomoh ketika mengiringi suaminya yang ‘dirasuk’ mendapatkan rawatan, kelmarin.

Memburukkan keadaan bagi wanita berusia 30 tahun itu, apabila suaminya bertindak mengusirnya dari rumah mereka selepas rawatan tersebut kerana si suami mendakwa tidak mengenalinya lagi.

Menurut sumber, wanita itu membawa suaminya ke rumah bomoh berkenaan di Siburan pada petang kelmarin untuk mendapatkan rawatan kerana si suami dikatakan ‘dirasuk.’

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tiba-tiba mengalami keadaan khayal semasa suaminya dirawat.

Apabila sedar, dia mendapati dirinya berbaring di atas katil di dalam bilik bomoh terbabit serta tidak berpakaian.

Mangsa turut mengalami kesakitan pada kemaluannya dan serta-merta mengesyaki dia telah dirogol oleh si bomoh yang menafikan sebarang salah laku.

Sementara itu, keadaan si suami kelihatan lebih teruk selepas rawatan kerana dia seakan-akan tidak ingat sama sekali siapa isterinya dan seterusnya mengusirnya dari rumah mereka.

Ekoran insiden itu, mangsa membuat laporan polis terhadap bomoh berkenaan dan semalam menjalani pemeriksaan kesihatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ketua Superintenden Pauzi Bujang mengesahkan ada menerima laporan mengenai insiden berkenaan ketika dihubungi semalam dan kes itu masih disiasat dan tiada tangkapan dibuat setakat ini - Utusan Borneo


Mahkamah Bebaskan Juvana

Peter Wong (kanan) bercakap sesuatu kepada Sebastian yang melawat keluarga mangsa di Mahkamah Tinggi Miri, semalam.

MIRI: Mahkamah Tinggi semalam melepaskan dan membebaskan seorang juvana lelaki daripada tuduhan membunuh rakan sekolahnya, Tiffany Wong, 17.

Keputusan itu dibuat Hakim Stephen Chung Hian Guan setelah mendapati pihak pendakwa gagal mengemukakan bukti kukuh yang boleh mensabitkan juvana terbabit dengan kesalahan yang didakwa.

Terdahulu, juvana terbabit, 17, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, juvana terbabit yang juga merupakan kawan mangsa sejak kecil telah melakukan pembunuhan sehingga menyebabkan kematian gadis malang itu yang mana mayatnya dijumpai di dalam sebuah parit kecil di Jalan Beraya Lama, Bakam di sini sekitar jam 1.30 petang, 25 Mac 2011.

Dalam pada itu, keputusan mahkamah tersebut bukan sahaja mengejutkan ahli keluarga Tiffany yang berada di pekarangan mahkamah sejak awal pagi semalam, malah seluruh warga Miri yang mengikuti perkembangan kes berkenaan sejak kejadian itu berlaku lebih setahun lalu.

Bapa mangsa, Peter Wong yang ditemui di luar mahkamah berkata: “Tiada maksud untuk berdendam. Apa yang kami mahukan adalah keadilan dan kami ingin tahu siapakah pembunuh anak kami.”

Dalam kejadian itu, Tiffany yang merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph telah keluar rumah sekitar jam 11 pagi, 24 Mac 2011 bersama juvana terbabit untuk mengambil slip keputusan SPMnya yang tertinggal di dalam beg seorang kawan.

Sehingga petang, mangsa tidak pulang ke rumah menyebabkan bapanya membuat laporan polis berhubung kehilangan mangsa.

Sekitar jam 11 pagi, 25 Mac 2011, juvana terbabit dengan ditemani bapanya menyerah diri di Balai Polis Pusat Miri dan sekitar jam 1.30 petang hari sama, polis dengan dipandu arah juvana tersebut pergi ke sebuah kawasan terpencil di Jalan Beraya Lama untuk menunjukkan lokasi mayat mangsa yang ditemui dalam sebuah parit dengan keadaan kepalanya ditutup dengan sebuah plastik hitam.

Sementara itu, Datuk Sebastian Ting selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui turut dilihat melawat ahli keluarga mangsa di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini semalam - Utusan Borneo


Jumaat, 29 Jun 2012

Ayat2 Cinta


Kemungkinan seseorang yang kamu sayangi dan cintai tersimpan keburukan didalam hatinya dan kemungkinan seseorang yang kamu benci tersimpan kebaikan didalam hatinya. Cuma kita yang kadang-kala buta mata dan hati untuk menilainya…



Lelaki Hilang Ditemui Mati, Kepala Hampir Putus

KUALA LUMPUR — Misteri kehilangan seorang lelaki tempatan yang dikatakan hilang sejak Sabtu lepas terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam longkang di Segambut Gate di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt. Othman Abu Bakar berkata, mayat lelaki berumur 35 tahun itu ditemui orang awam pukul 1.30 tengah hari dalam keadaan perutnya yang sudah kembung, leher diikat dan kepala ditutup dengan selimut.

“Mayat lelaki yang berasal dari Segambut itu ditemui tersangkut di perangkap sampah dengan berpakaian kemeja-T dan berseluar pendek. Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendapati ada enam kesan tikaman di dada kanan lelaki itu selain kepalanya hampir putus,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, laporan pihak hospital menunjukkan lelaki itu mati dua hari lepas. Isteri lelaki itu sebelum ini membuat laporan polis mengenai kehilangan suaminya pada isnin lepas - Metro



Pelajar Lahirkan Bayi Di Asrama Sekolah

SARIKEI: Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah dari Belawai dekat sini dilaporkan melahirkan seorang bayi di asrama pelajar pada petang kelamarin (Rabu).

Kejadian itu turut disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei DSP Dominic Josip yang dihubungi oleh pemberita semalam.

Dominic berkata, kejadian tersebut telah dilaporkan di Balai Polis Belawai pada sekitar jam 6 petang kelmarin oleh pembantu kesihatan dari klinik di kawasan terbabit.

Pembantu kesihatan tersebut dalam laporannya menyatakan bahawa dalam kejadian itu pihaknya telah didatangi pihak sekolah yang datang dalam keadaan yang tergesa-gesa bersama seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun.

Pada masa yang sama beliau turut dimaklumkan oleh pihak sekolah terbabit bahawa pelajar perempuan yang dibawa oleh mereka itu telah melahirkan seorang bayi di asrama dan mengalami pendarahan.

Beliau turut dimaklumkan bahawa pihak tersebut turut membawa bayi yang dilahirkan itu bersama, tetapi malangnya bayi itu telah didapati meninggal dunia dalam perjalanan mereka membawanya menuju ke klinik terbabit.

“Berikutan kejadian itu, pembantu kesihatan tersebut telah bertindak melaporkan kejadian itu ke Balai Polis Belawai.

“Berdasarkan siasatan awal, kami mendapati bahawa pelajar perempuan itu telah melahirkan bayi berkenaan di asrama sekolah pada tengah hari kelmarin.

“Hasil siasatan kami juga mendapati bahawa pelajar ter-babit telah bertindak menutup muka bayi yang dilahirkannya itu dengan sehelai tuala basah untuk mengelak daripada di-kesan pelajar lain.

“Namun begitu akibat pendarahan yang serius berlaku kepadanya, akhirnya kejadian itu diketahui oleh pelajar lain, lantas bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak sekolah yang telah membawanya mendapatkan rawatan di klinik berkenaan,” jelas Dominic.

Tambahnya, pendarahan serius yang berlaku kepada pelajar tersebut menyebabkan pihak klinik tersebut terpaksa merujuk pelajar terbabit ke Hospital Sibu untuk rawatan selanjutnya.

“Mayat bayi terbabit telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk proses bedah siasat.

Kejadian ini akan kami klasifikasikan sebagai kes kematian dan akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Namun begitu siasatan kes ini masih lagi dijalankan dan punca sebenar kejadian masih lagi dalam siasatan kami,” kata Dominic - Utusan Borneo


Jambatan Pujut 7 Dibuka Penghujung Julai

MIRI: Sebanyak 169 lampu jalan akan dipasang di sepanjang laluan baharu dua lorong dan Jambatan Pujut 7, sebelum ia boleh dibuka untuk dilalui oleh orang awam, selewat-lewatnya hujung Julai depan.

Menteri Muda Perhubungan Datuk Lee Kim Shin yang melawat ke tapak tersebut di Pujut 7 di sini semalam, memberitahu bahawa projek pembinaan jalan dan jamba-tan tersebut mengikut jadual dan kini sedang dalam fasa terakhir.

“Pada masa ini Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Sarawak Energy Berhad (SEB) sedang bekerjasama dalam kerja-kerja memasang lampu isyarat dan lampu-lampu jalan.

“Pertama sekali, para pekerja terpaksa mengalih-kan 21 lampu jalan sedia ada di sepanjang jalan ketika ini, sebelum mereka dapat memasang lampu-lampu baharu dan lampu isyarat,” katanya kepada pemberita di sini.

Lee menambah, bagi pembinaan jalan menuju ke jambatan berkenaan, kerja-kerja kini sedang dalam peringkat penurapan jalan.

Dua set lampu isyarat baharu akan dipasang di bekas tapak bulatan Pujut 7 bagi menggantikan bulatan ber-kenaan, manakala satu lagi akan dipasang di simpang jalan masuk berhampiran Permymall, bagi mengawal dan melancarkan laluan trafik dari kedua-dua arah.

“Kedua-dua lampu isyarat selepas dipasang akan terus beroperasi sebelum jambatan baharu dan jalan raya ini (laluan baharu) dibuka kepada orang awam atau pengguna jalan.

“Akan tetapi lampu-lampu jalan pula hanya akan siap dipasang sepenuhnya menjelang akhir bulan Ogos nanti,” katanya sambil menambah ke-rana ia melibatkan jumlah yang banyak.

Lee memberitahu, penduduk di Permyjaya pastinya tidak sabar-sabar menunggu jambatan dan jalan raya baharu tersebut siap sepenuhnya, selepas beberapa bulan sebelum ini terpaksa bersabar dalam kesesakan, terutama ketika waktu puncak.

“Tidak lama lagi segala kesabaran dan kesesakan yang dialami akan berakhir dan pengguna akan menggunakan laluan trafik yang lebih selesa,” katanya.

Menurut Lee, projek fasa pertama ini merangkumi pembinaan Jambatan Pujut 7 serta laluan baharu dua lorong yang terus menuju ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan pemasangan lampu isyarat dan lampu jalan.

“Manakala fasa kedua ke-lak akan membabitkan pembinaan sambungan jalan dua lorong ini dan projek menaik taraf terus ke Jambatan Asean,” kata Lee - Utusan Borneo


Khamis, 28 Jun 2012

Ayat2 Cinta


Cinta sebenarnya tidak buta…
Cinta adalah sesuatu yang suci…
Apa yang buta ialah apabila cinta itu…
Menguasai diri tanpa pertimbangan…


Lelaki Ditemui Mati Tergantung

KUCHING: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di bilik tidurnya kelmarin. Mangsa yang berusia 32 tahun dan berasal dari Petra Jaya itu disyaki membunuh diri dan telah ditemui tergantung pada tali kabel yang diikat pada siling bilik tidurnya lewat malam Selasa lepas.

Mangsa yang juga anak sulung daripada empat adik-beradik telah menganggur sejak dua tahun lalu dan tinggal bersama ibu bapanya tetapi dikatakan jarang berkomunikasi dengan mereka.

Kes tersebut telah disiasat oleh anggota polis dari Balai Polis Gita sebelum mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak.

Tiada unsur jenayah disyaki dan kes tersebut telah diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat - Utusan Borneo


Ayat2 Cinta


Dalam  percintaan…
Janganlah sesali sebuah perpisahan…
Tetapi…
Sesalilah sebuah pertemuan…
Karena tanpa pertemuan tidak akan ada perpisahan…



Bola Api Masuk Rumah

Pagar batu rumah jiran mereka pecah akibat panahan petir sebelum menghasilkan ‘bola api’ yang dikatakan memasuki rumah Said.

MARANG – “Semasa isteri saya sedang memasak di dapur, hujan agak lebat di luar, tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat sebelum isteri menjerit ada sebiji ‘bola api’ sebesar bola tenis masuk ke dalam rumah dan meluncur laju menuju ke arah bilik mandi.

Demikian cerita Said Abdul Rahman, 68, yang terselamat selepas rumah didiami bersama isteri, Fatimah Mamat, 58, dan tiga anak mereka disambar petir ketika ditemui Sinar Harian di rumah
mereka di Tanjung Belor, Pengkalan Berangan di sini, semalam.

Menurutnya, susulan kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu, dia dan isteri termasuk tiga anak yang berada di dalam rumah, panik apabila asap hitam memenuhi ruang tamu dan dapur rumah kesan selepas ‘bola api’ itu memasuki rumah mereka.

“Saya yang berada di dalam bilik ketika itu bergegas keluar dan melihat suis elektrikdalam rumah turut terbakar manakala kotaknya hancur, di samping bahagian atas mesin basuh pecah dan simen dalam bilik mandi pula berlubang kerana ‘bola api’ itu.

“Ini merupakan kejadian pertama rumah kami disambar petir sejak lebih 10 tahun tinggal di sini. Mujur saya, isteri dan anak-anak yang berada di dalam rumah serta rakan anak-anak yang
berteduh kerana hari hujan di luar rumah ini terselamat,” katanya.

Said berkata, kejadian itu turut menyebabkan pagar batu di rumah jirannya pecah dan anak-anaknya berpendapat penahan petir itu menuju ke arah pagar rumah jiran mereka itu terlebih dahulu sebelum ‘bola api’ itu terhasil dan masuk ke rumah mereka.

Menurutnya, dia sekeluarga masih mengalami kesan trauma dan bimbang akan keselamatan mereka jika kejadian hujan lebat dan ribut petir melanda semula di kawasan berkenaan sekali gus insiden sama berlaku lagi.

“Namun, kami bersyukur kerana perkara itu juga sudah mendapat perhatian pihak Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan dan kerosakan berlaku di rumah ini termasuk fius terbakar dibaiki hari ini (semalam),” katanya.


Nenek Potong Tangan Cucu

Terpaksa menjalani pembedahan selama 12 jam untuk menyambung semula kedua-dua tangannya

BEIJING – Seorang bayi berumur lapan bulan berhadapan detik menyakitkan apabila kedua-dua belah tangan dipotong sehingga putus tanpa sebab oleh neneknya di wilayah Shandong, China.

Menurut polis, insiden kelmarin, berlaku semasa mangsa sedang dalam jagaan wanita tua itu berikutan ibu bapanya keluar bekerja.

Motif sebenar kejadian masih belum dipastikan kerana suspek dalam keadaan koma kerana cuba membunuh diri sejurus bertindak memotong tangan cucunya itu.

“Petang itu, saya nampak ibu bayi berkenaan meluru keluar daripada rumahnya sambil membawa anaknya yang dalam keadaan berlumuran darah selepas beberapa minit pulang dari kerja.

“Saya juga terdengar wanita itu bercakap dengan seseorang dalam telefon dan berkata tangan bayinya dipotong ibunya sebelum cuba membunuh diri,” kata seorang jiran keluarga mangsa.

Difahamkan, bapa bayi malang itu terpaksa pulang ke rumah mereka untuk mengambil bahagian tangan anak perempuan mereka yang dipotong dan disambungkan semula ke badan bayi berkenaan di hospital.

Dalam pada itu, walaupun pembedahan menyambung semula tangan mangsa membuahkan hasil positif, doktor yang terlibat tidak dapat memastikan sama ada anggota itu dapat berfungsi dengan baik.


Jerebu Di Miri Serius

Bacaan IPU naik 245, kebakaran hutan tanah gambut terus merebak 

MIRI: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri yang terletak di Kuala Baram dekat sini, terus naik hingga mencecah 245 pada jam 7 pagi semalam, sekali gus mencatatkan paras tertinggi di seluruh negara ketika ini iaitu pada tahap 4, kategori Amat Tidak Sihat.

Angka ini menurun sedikit pada jam 11 pagi iaitu pada bacaan 215 namun masih dalam kategori yang sama. Ia hanya berada di bawah tahap 5 (300 ke atas) iaitu kategori Berbahaya.

Sementara itu kebakaran hutan khususnya di kawasan tanah gambut di Miri sudah meliputi keluasan sehingga 50 hektar, dengan kebanyakan kebakaran berlaku di sekitar kawasan ILP.

Keadaan ini telah memaksa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri bertungkus-lumus memadamkan kebakaran dan memantau keadaan sehingga jam 8 malam kelmarin.

“Dengan kekuatan anggota seramai 21 orang dan dibantu 18 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), kami terpaksa membahagi-kannya kepada tiga pasukan, iaitu di Vista Perdana, Tudan Fasa 5 dan kawasan ILP,” kata Penguasa Bomba Zon Miri Unjar Lum ketika dihubu-ngi semalam.

“Kebakaran di Tudan Fasa 5 sudah dapat dipadamkan manakala di Vista Perdana kami hanya memadamkan di kawasan pinggir sahaja namun jauh ke dalam hutan, kami tidak dapat melakukannya kerana ketiadaan akses untuk sumber air dan sumber manusia.

“Namun tumpuan utama kami ialah di kawasan ILP, di mana kami terpaksa menggunakan dua pam air mudah alih bagi memadamkan kebakaran tersebut, menggunakan sumber air daripada terusan kecil yang dibina,” tambahnya.

Katanya, usaha keras pihak bomba itu sekali gus mengetepikan dakwaan sesetengah pihak dan orang awam yang mengatakan pasukan penyelamat itu tidak menjalankan tugas mereka.

“Ia tidak benar sama sekali, kami terpaksa bertugas dari pagi hingga malam untuk memastikan kebakaran ini tidak merebak ke kawasan penempatan atau bangunan,” katanya.

Dalam pada itu Pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Bahagian Miri S. Sivanathiran memberitahu bahawa bacaan IPU di kawasan ILP lebih tinggi berbanding Miri yang masih dalam kategori sederhana, disebabkan kelembapan udara yang memerangkap debu-debu kebakaran hingga menyukarkan ia berpecah.

“Oleh kerana itu menjelang malam dan awal pagi, bacaan amat tinggi kerana debu-debu ini terperangkap di ruang udara akibat kelembapan.

“Tambahan pula alat bacaan IPU terletak hanya 100 meter daripada ILP menyebabkan kawasan ini mendapat bacaan yang paling tinggi,” tambahnya.

Dalam pada itu katanya, pihaknya terpaksa menggunakan enam jengkaut untuk menyiapkan segera terusan bagi menghalang kebakaran.

Terusan sepanjang dua kilometer dari Menara Peninjau hingga ke ILP itu akan membantu mengawal kebakaran dan memudahkan lagi proses memadamkan api.

Kali terakhir Sarawak dilanda jerebu paling buruk dalam sejarah ialah pada September 1997 dengan bacaan IPU di Kuching mencecah 650 manakala di Miri bacaan melebihi 700 dengan jarak penglihatan hanya pada 120 meter.

Keadaan ini sekali gus menyebabkan ‘Darurat Jerebu’ diisytiharkan di negeri ini 20 September 1997 yang menyaksikan lapangan terbang di seluruh negeri ditutup dengan penerbangan keluar masuk Sarawak di- batalkan dan sekolah-sekolah juga ditutup manakala semua aktiviti luar dilarang sepenuhnya - Utusan Borneo


Ibu Luluh Anak Terkorban

Tinggal kenangan. Mohd. Faizal (berdiri belakang) dan adiknya, Aqsa Khan (depan kanan) 

SERDANG - Hati seorang ibu bukan sahaja remuk malah, sehingga kini masih tidak dapat menerima perbuatan suaminya yang bertindak membawa dua anak kesayangannya ke tingkat 21 Kondominium Hulu Langat Jaya, Batu 9, Cheras sebelum ketiga-tiga mereka terjatuh lalu mati malam kelmarin.

Eksekutif kanan sebuah pejabat pinjaman di Kuala Lumpur itu hanya mampu meratap dan menangis teresak-esak mengenang tragedi tersebut sebaik tiba di tempat kejadian dari rumah ibunya di Bandar Tun Razak, Cheras pada pukul 9 malam.

Sepanjang berada di situ, Sharizuraidah Ridzuan, 31, cuba ditenangkan oleh sanak saudara tetapi air matanya bagaikan tidak mampu ditampung lagi dan berterusan menangis. Dia hanya kelihatan sedikit tenang ketika ditemui di Hospital Serdang di sini pagi semalam.

Kejadian pukul 8.40 malam kelmarin itu meragut nyawa suami Sharizuraidah yang dikenali sebagai Ismail Khan, 39, anak lelakinya, Mohd. Faizal, 9, dan anak perempuannya, Aqsa Khan, 6. Ismail adalah warga Pakistan.

Menurut Sharizuraidah, dia begitu terkilan dengan kematian anak-anaknya kerana belum sempat memenuhi beberapa permintaan permata hatinya itu - Kosmo


Bujang Seblak Akan Mati

Embol (kiri) mengucapkan terima kasih kepada Indet setelah berjaya menangkap dua ekor buaya semalam

SARATOK - Operasi memburu yang dilakukan secara tradisional oleh pawang buaya tersohor dari Betong dihentikan semalam walaupun kelibat Bujang Seblak masih belum kelihatan.

Pawang tersebut, Indet Sanabong, 49, berkata, dia yakin buaya besar itu telah memakan salah satu daripada lima umpan yang diletakkan di sekitar Sungai Seblak.

"Umpan itu bagaimanapun gagal ditarik ke permukaan kerana tersangkut di antara batang-batang kayu yang terdapat di dasar sungai.

"Kebiasaannya, seekor buaya hanya boleh berada selama 30 minit di dalam air sebelum timbul untuk mengambil udara di permukaan atau berdepan kematian," katanya.

Menurut Indet, sekalipun jika buaya itu terlepas dari dasar sungai, reptilia berkenaan tetap akan mati kerana telah termakan umpan yang dijampi itu - Kosmo


Pemuda Didakwa Kerana Mengugut Majikannya

MIRI: Seorang pemuda didenda RM200 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret petang semalam kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap majikannya.

Hukuman itu dijatuhkan Penolong Kanan Pendaftar Mohamad Redza Azhar Rezali setelah menimbangkan beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Hamezan Aron, 21, dari Kampung Wireless di sini telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap Muhammad Alfian Remli dengan mengeluarkan kata-kata berbunyi: “kalau kau tak bayar baki gaji, aku bakar kedai”, dengan niat hendak menyebabkan ketakutan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9.30 malam, 25 Jun lalu di tepi gerai No.12, Taman Seroja, Jalan Setia Raja di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman yang ringan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya. Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor manakala tertuduh tidak diwakili - Utusan Borneo


Rabu, 27 Jun 2012

Ayat2 Cinta


Cinta memberikan kita semangat…
Cinta memberikan kita kebahagiaan…
Cinta juga memberikan kita keindahan…
Sampai bila cinta itu akan terus mekar dan menjanjikan kebahagiaan?
Sampai masanya cinta pasti akan membuatkan kita hampa dan kecewa…


Konco Bujang Seblak tumpas

Embol Asum menyeluk tangannya ke dalam mulut buaya sebagai tanda melepaskan geram

SARATOK - Indet Sanabong, 49, pawang buaya tersohor dari Betong membuktikan kehandalannya apabila menumpaskan sepasang buaya yang dipercayai ‘konco’ Bujang Seblak di Sungai Seblak, tidak jauh daripada kuala Sungai Anak, Roban di sini pagi ini.

Kedua-dua buaya yang dianggarkan berusia 25 tahun dengan berat 80 kilogram (kg) setiap satu itu berjaya ditangkap menggunakan umpan daging anjing yang dijampi Indet.

Buaya yang pertama ditangkap ialah seekor buaya betina sepanjang 2.7 meter pada pukul 9 pagi diikuti buaya jantan sepanjang 2.8 meter pada pukul 10.30 pagi.

“Malam tadi saya pasang lima umpan, dua daripadanya mengena namun satu lagi terputus akibat ditarik oleh seekor buaya yang lebih besar dan kuat, ia mungkin Bujang Seblak yang kita buru.

“Sepasang buaya ini adalah konco kepada Bujang Seblak kerana saya amat yakin umpan yang saya bacakan mentera hanya dimakan oleh buaya yang bersubahat dengannya selain pernah membaham ternakan penduduk," kata Indet.

Pemburuan buaya menggunakan kaedah tradisional itu dimulakan petang semalam setelah buaya ganas yang digelar Bujang Seblak membaham seorang penghuni Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Siah Munsong, 42, pada petang Selasa lalu.

Utusan Malaysia secara eksklusif diberi peluang oleh Indet untuk mengikuti operasi pemburuan buaya di Sungai Seblak pagi ini walaupun pada mulanya dia keberatan untuk memberi izin.

Wartawan dan jurufoto yang menaiki sebuah bot kecil bersama suami Siah yang juga Tuai Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Embol Asum, 48, mendapati Indet amat bersahaja mengendalikan buaya yang telah memakan umpan.

Setiap umpan itu mempunyai gugusan tiga mata kail dengan yang pertama diikat pada kabel keluli manakala yang kedua diikat menggunakan jalinan tangsi dan disambung dengan rotan hidup sepanjang 15 hingga 20 meter.

Walaupun buaya terkenal dengan sikap ganas lebih-lebih lagi sewaktu berada dalam air, di tangan Indet, ia akur menurut perintah dan langsung tidak melawan sewaktu ditarik ke dalam perahu panjang.

Sejurus dinaikkan ke dalam perahu, dua pembantunya duduk di atas belakang reptilia pemangsa itu sebelum mengikat keempat-empat kakinya.

Buaya berkenaan kemudian dibawa ke pangkalan perahu rumah panjang berkenaan untuk tatapan semua penghuninya yang amat berdendam dengan keganasan Bujang Seblak.

Diberi ‘penghormatan’ untuk membunuh buaya berkenaan ialah Embol dan ibu mertuanya, Jaie Isut, 63, yang amat emosi sewaktu melepaskan kemarahan dengan menghamburkan kata-kata seperti: ‘Aku bayar dendam aku’, ‘Kenapa kacau aku’ dan ‘Kau bunuh anak aku’, berulang kali.

Beberapa penghuni rumah panjang juga tidak melepaskan peluang menyeluk tangan kanan mereka ke dalam mulut buaya itu kerana ia dipercayai menjadikan jari-jari mereka mujarab untuk mengubati bayi yang mengalami masalah keputihan dalam mulut - Utusan Malaysia


Coretan - Kasihan ler...kenapa tak bunuh buaya yang bersalah sahaja...?


Ayat2 Cinta


Cinta itu memang indah…
Setiap percintaan memerlukan begitu banyak pengorbanan…
Dan yakinlah tiada cinta yang tiada halangannya…

Sang Bedal Lain Termakan Jerat

Buaya yang berjaya ditangkap

SARATOK – Peribahasa tidak dapat rotan akar pun berguna mungkin sesuai untuk menggambarkan nasib seorang tuai Rumah Panjang Nanga Sungai Anak, Embol Asum, apabila hasratnya untuk membalas dendam membunuh sang bedal bergelar Bujang Seblak tidak kesampaian semalam.

Sebaliknya, Embol, 48, hanya dapat membunuh dua ‘orang kanan’ buaya tersebut yang dapat ditangkap selepas termakan umpan dipasang oleh pawang buaya tersohor di sini, Indet Sanabong, 49, di Sungai Anak dekat Pekan Kecil Roban di sini.

Difahamkan, buaya pertama merupakan buaya betina bergelar Dara Nanga berukuran 2.6 meter yang ditangkap pada pukul 9 pagi, kira-kira satu kilometer dari Kuala Sungai Anak manakala seekor lagi buaya jantan bergelar Bujang Muara sepanjang 1.6 meter ditangkap satu jam setengah kemudian.

Embol merupakan suami Siah Munsong, 42, yang mati selepas diserang seekor buaya berukuran lima meter panjang serta ukur lilit badan sebesar tong drum pada 19 Jun lalu. Buaya itu buta mata kirinya - Kosmo


Coretan - Sedihnyer...jangan ler bunuh buaya yang tak bersalah...


Selasa, 26 Jun 2012

Ayat2 Cinta


Jangan pernah malu untuk mengaku cinta…
Kerana cinta bukanlah sesuatu yang harus di sembunyikan…

Disebalik Dejavu di Kinabalu

Erma Fatima



PUNCAK Gunung Kinabalu menjadi bukti cinta aktres Tiz Zaqyah dan aktor Aqasha di dalam drama bersiri terbaharu lakonan mereka yang berjudul, Dejavu di Kinabalu.

Drama arahan pengarah terkenal, Erma Fatima itu buat pertama kalinya menggandingkan mereka berdua sebagai pasangan kekasih meskipun sebelum ini pernah bekerjasama dalam drama Oh! Suzana.

Ketika sesi pratonton drama 28 episod itu yang diadakan di Preview Lounge, Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara baru-baru ini, keserasian luar biasa antara Tiz dan Aqasha jelas terpancar.

“Buat pertama kalinya saya mengarah drama penuh cinta sebelum ini semua drama saya agak berat dan pertama kalinya saya sendiri jatuh cinta dengan watak hero serta heroin. Keserasian yang diberikan mereka cukup berbeza sehingga kita yang menontonnya terasa perasaan cinta itu, tetapi mereka hanya bercinta di dalam drama sahaja,” jelas Erma berseloroh.

Disoal mengapa memilih Gunung Kinabalu sebagai subjek utama di dalam drama tersebut, kata Erma, dia mencari kelainan daripada drama yang pernah ditayangkan sebelum ini.

“Setiap drama arahan saya, pemandangan indah merupakan satu perkara wajib sebab itu saya pilih Gunung Kinabalu.

“Sebenarnya lokasi Gunung Kinabalu itu menyusahkan diri saya sendiri kerana di dalam skrip terdapat babak di atas puncak gunung.

“Bayangkan saya yang tidak pernah mendaki gunung terpaksa naik sehingga ke puncak. Saya marah dengan diri saya kerana memilih jalan yang sukar dan seksa diri sendiri, tetapi melihat hasilnya semua orang berpuas hati,” jawab Erma yang memberitahu lima orang daripada kru penggambaran tidak dapat meneruskan perjalanan ke puncak gunung.

Jelas Erma lagi, kesukaran yang dihadapinya, selain cuaca yang tidak menentu selain kebanyakan kru serta pelakon yang terlibat tidak memiliki stamina yang cukup.

“Saya hampir menyerah kalah tidak mahu daki ke puncak tetapi fikir balik, rugi pula sudah sampai gunung tetapi tidak sampai ke puncak.

“Nasib baik, selesai sahaja penggambaran di atas puncak hujan turun dengan lebat. Perjalanan turun ke bawah, cabaran untuk kami lagi. Selepas ini, saya akan kembali ke Gunung Kinabalu untuk mendaki dengan persediaan yang cukup,” tutur Erma sambil tersenyum.

Peneraju watak utama Aqasha sebagai Ammar Zulkarnain mengakui cukup seronok sepanjang penggambaran drama Dejavu di Kinabalu berlangsung.

“Bekerja dengan Tiz cukup mudah kerana dia bijak memberi tindak balas terhadap lakonan saya. Tiz juga seorang yang cukup artistik dan sangat berbakat,” ujar Aqasha.

Tambah Aqasha lagi, saat paling tidak boleh dilupakan sudah pasti berada di puncak gunung dan menyaksikan matahari terbit.

“Jiwa saya ketika di atas puncak itu sangat berbeza, begitu juga dengan Tiz. Keserasian kami cukup luar biasa ketika di atas puncak, apabila kami turun ke bawah perasaannya berbeza,” jawab Aqasha.

Tiz yang pertama kali mendaki sehingga ke puncak Gunung Kinabalu cukup teruja apabila diberitahu terdapat babak di atas puncak gunung oleh pengarah.

“Saya suka pekerjaan saya, jika tidak kerana berlakon saya tidak akan menjejakkan kaki ke atas puncak Gunung Kinabalu, tidak terfikir pun untuk ke sana,” ujarnya.

Menurut Tiz yang memegang watak Dalilah Nadira, bekerja dengan Aqasha dalam drama yang mengambil masa selama tiga bulan penggambaran termasuk 10 hari di Sabah itu cukup mudah.

“Senang bekerja dengan Aqasha kerana dia berlakon secara semula jadi tanpa dibuat-buat. Seronok bekerja dengannya, juga dengan seluruh tenaga produksi yang dirasakan seperti sebuah keluarga,” tutur Tiz.

Drama Dejavu di Kinabalu sudah mula ditayangkan di slot Akasia pada 18 Jun lalu setiap Isnin sehingga Khamis pada pukul 7 malam di TV3 mengisahkan Aamar yang masih merindui kekasihnya Inara yang telah meninggal dunia tiga tahun yang lalu.

Nadira yang merupakan seorang pesakit yang menerima pemindahan jantung tanpa disedari menerima sebahagian sifat penderma jantung itu. Itulah yang membuatkan perasaannya terbuai saat berdekatan dengan Ammar.


Coretan - Best sesangat cerita ni...minat kalau Aqasha yang berlakon. Sejak dulu, kalau Erma buat drama memang Aqasha jadi hero dan Umie Aida jadi heroin...hehehe... Kalau Aqasha berlakon drama romantik memang best...


Ayat2 Cinta


Aku pernah bermimpi, memasang angan-angan andai dapat kumiliki dirimu...
Tetapi siapalah diriku ini…?
Aku bukan yang terbaik yang ada dihatimu...

Pemilik anjing didenda RM2,000

Anjing jantan Pitbull yang menyerang Sun Wah.

PETALING JAYA - Kecuaian seorang akauntan yang membiarkan anjingnya berkeliaran sehingga membunuh seorang warga emas pada bulan lalu menyebabkan wanita itu didenda RM2,000 atau penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Mohd. Nazri Omran memutuskan demikian terhadap Elaine Soon Sien Ling, 28, selepas menerima pengakuan salah tertuduh.

Beliau menjatuhkan hukuman tersebut dengan mengambil kira rayuan tertuduh serta surat permohonan maaf yang dibuat terhadap keluarga mangsa.

"Mahkamah bertindak melindungi kepentingan awam dan turut mempertimbangkan kesudian keluarga mangsa yang memaafkan kamu dan menarik balik laporan polis.

"Namun kesalahan tetap satu kesalahan dan hukuman (yang dijatuhi) sebagai pengajaran," katanya.

Elaine didakwa dengan cuai meninggal atau membiarkan haiwan peliharaannya dengan menyebabkan bahaya kepada seorang pesara, Yip Sun Wah, 74, pada pukul 9.40 pagi, 8 Mei lalu di No. 59, Jalan SS 19/5b, Subang Jaya di sini.

Mengikut fakta kes, mangsa pada waktu kejadian sedang berjoging seperti kebiasaan di kawasan perumahan tersebut namun secara tiba-tiba diterpa seekor anjing yang muncul dari tempat pembuangan sampah di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat.


Coretan - Tengok pandangan anjing tu, begitu sayu seolah2 dia menyesali perbuatannya... sedihnyer...


Aziz Satar Diserang Sakit Jantung


KUALA LUMPUR - Seniman veteran, Datuk Aziz Satar (gambar), 87, kini sedang dirawat di Unit Rawatan Jantung (CCU), Hospital Ampang, selepas mengadu sakit dada dan tidak sedap badan pada Sabtu lalu.

Pelakon yang terkenal dengan beberapa filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee itu mengadu sakit dada selepas melakukan senaman pada satu program kesihatan yang diadakan pada hari tersebut.

Menurut menantunya yang hanya mahu dikenali sebagai Rosli, bapa mertuanya itu telah dihantar ke Hospital Ampang oleh rakan-rakan yang pergi bersama dengannya pada program berkenaan.

Katanya, Aziz atau nama sebenarnya Abdul Azez Satta kini dirawat di unit berkenaan dengan pemantauan sepenuhnya oleh pihak hospital.

"Keadaannya kini dilaporkan stabil dan tidak ada perkara-perkara yang membimbangkan - Kosmo


Ayat2 Cinta


Aku tak mampu mengungkapkan…
Sesungguhnya aku amat mencintaimu…
Dan aku juga tak mampu melihat…
DIA mengungkapkan cintanya padamu…

Saiful Apek Bebas Dadah

Saiful Apek bersyukur selepas dibebaskan daripada tuduhan mengambil dadah.

PETALING JAYA – Pelawak dan pelakon komedi terkenal, Saiful Apek gembira dan bersyukur selepas dirinya dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret di sini semalam tanpa dipanggil membela diri berhubung tuduhan mengambil dadah ganja di sebuah kondominium, dua tahun lalu.

“Saya bersyukur dan percaya pada undang-undang, doa peminat membuktikan saya tidak bersalah, dan tidak lupa terima kasih kepada peguam,” kata Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular 2003 itu dengan nada terharu kepada pemberita sejurus prosiding berakhir.

Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid turut membuat keputusan serupa terhadap tiga lagi rakan tertuduh iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28, Shaiful Baharom, 24, dan Noremy Mohamad, 28, yang didakwa atas tuduhan yang sama dengan Saiful Apek, 43.

Beliau dalam penghakiman berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan pertuduhan yang dikenakan terhadap tertuduh. Menurut Ahmad Solihin, berdasarkan keterangan saksi dan fakta kes, wujud lima elemen yang gagal mensabitkan kesemua tertuduh bagi tuduhan tersebut.

Ahmad Solihin memberitahu, antaranya terdapat percanggahan oleh saksi berhubung tarikh pengambilan sampel air kencing malah pegawai penyiasat kes juga menyimpan botol sampel tersebut terlalu lama sebelum ujian pengesanan dadah di makmal.


Bujang Seblak Enggan Timbul

Indet anak Sanabong meneruskan usahanya menangkap Bujang Seblak

SARATOK - Seorang bomoh buaya yang didakwa sudah berdialog secara batin dengan buaya-buaya di Sungai Seblak di sini sejak malam kelmarin mengakui dia memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari untuk menangkap Bujang Seblak yang telah membunuh seorang suri rumah baru-baru ini.

Indet anak Sanabong, 49, mengakui Bujang Seblak yang membaham hingga mati Siah Munsong, 42, ketika mangsa mandi di jeti Sungai Anak di sini minggu lalu amat degil untuk timbul berbanding buaya lain.

Perkara itu, katanya, terbukti apabila daging anjing putih mentah yang digunakan sebagai umpan gagal menarik perhatian buaya tersebut.

Menurutnya, meskipun sekurang-kurangnya 10 ekor buaya sudah timbul dan berkumpul di satu permukaan sungai berkenaan selepas diberi amaran, namun Bujang Seblak enggan berbuat demikian.

"Selepas saya berdialog dengan mereka pada pertemuan pukul 11 malam kelmarin, lebih kurang 10 ekor buaya yang terdapat di Sungai Seblak telah timbul di permukaan.

"Namun kelibat Bujang Seblak yang dikatakan menjadi punca kepada kejadian itu tidak kelihatan,'' dakwanya lagi ketika ditemui di Rumah Panjang Nanga Sungai Anak di sini semalam.


Coretan - Tak sabar tunggu kemunculan Bujang Seblak lagi ni...Kasihan memang kasihan tetapi dia bersalah menyerang manusia...


Ayat2 Cinta


Cintaku kepadamu seperti ombak…
Tetap menghempas pantai tak pernah mengenal erti jemu…
Cintaku padamu seperti pantai…
Tetap menunggu ombak, meskipun ombak datang dan pergi semahunya…


Pasar Sebuyau Ranap

Anggota bomba berusaha memadamkan api yang marak memusnahkan 30 pintu rumah kedai di Sebuyau, kelmarin.

SEBUYAU: Sebanyak 30 pintu rumah kedai kayu dua tingkat yang berusia lebih 50 tahun di sini ranap dijilat api sekali gus menjadikan sekurang-kurangnya 200 penghuni tinggal sehelai sepinggang, kelmarin. Antara rumah kedai yang musnah dalam kebakaran yang berlaku hampir tengah malam itu adalah 13 kedai runcit, enam kedai makan, dua kedai perabot, lima stor dan sebuah blok pasar basah.

Manakala umur penghuni yang terjejas dalam insiden itu adalah dari setahun hingga 75 tahun. Salah seorang mangsa, Tan Kei Song, 42 tahun memberitahu, keluarganya yang tinggal di atas kedai kopi yang diwarisi selama tiga generasi tidak sempat menyelamatkan sebarang harta benda.

Apa yang lebih dikesali, katanya mereka sekeluarga baharu sahaja melabur sebanyak RM20,000 untuk tujuan pengubahsuaian premis termasuk kediaman mereka pada minggu lalu.

“Api marak dengan pantas sekali. Dalam sekelip mata sahaja kami kehilangan segala-galanya,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo, semalam.

Beliau melahirkan harapan agar kerajaan dapat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa kebakaran dan membina semula bangunan kedai tersebut.

“Kami tahu ia tidak dapat dijalankan dalam masa yang singkat, paling awal pun dua atau tiga tahun.

“Jadi buat sementara waktu kami terpaksa menumpang di rumah sanak-saudara di Kuching… apa boleh buat,” katanya.

Antara yang turut menjadi mangsa tragedi tersebut adalah pemilik kedai perabot yang baharu sahaja menjalankan perniagaan di daerah kecil ini, iaitu tidak kurang daripada dua bulan.

Warga Pakistan yang hanya ingin dikenali sebagai Azlan, 24, memberitahu, dia dimaklumkan mengenai insiden malang itu sekitar jam 3 pagi oleh rakannya.

“Hati saya berdebar-debar ketika mendengar berita tersebut. Tidur pun tidak lena kerana saya amat teringin untuk pergi ke lokasi tetapi atas faktor ketiadaan perkhidmatan feri pada waktu itu, saya terpaksa membatalkan hasrat dan menunggu sehingga jam 6 pagi,” katanya.

Azlan yang tinggal di Sadong Jaya, menganggarkan jumlah kerugian yang dialami dia dan abangnya adalah melebihi RM100,000.

Kapitan Liew Ching Sen memberitahu, mereka menyedari mengenai kebakaran itu setelah mendengar bunyi penggera bomba sukarela yang dibunyikan oleh penjaga kawasan tersebut.

Menurutnya, komuniti perniagaan ada mengupah beberapa peronda untuk menjaga ketenteraman di kawasan tersebut dan merekalah yang mengetuk pintu semua mangsa dan membunyikan penggera tersebut.

Kedai runcit milik beliau turut nyaris dimusnahkan api tetapi beliau bersyukur kerana ia dapat dikawal lebih awal.

Liew percaya faktor pengubahsuaian kedai runcit kayu miliknya itu kepada konkrit 10 tahun lepas sedikit sebanyak menyelamatkan blok yang sederet dengannya.

“Kami juga amat bernasib baik kerana bomba sempat menghalang api daripada merebak, kalau tidak saya rasa kebakaran itu akan turut memusnahkan dua lagi blok rumah kedai termasuk stesen minyak yang terletak 500 meter dari sini,” kata-nya.

Beliau memberitahu, semua mangsa yang tidak mempunyai tempat berteduh akan ditempatkan di SRB Chung Hua buat sementara waktu.

Menteri Muda Kemajuan Luar Bandar Julaihi Narawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sebuyau memberitahu, beliau amat dukacita melihat keadaan yang berlaku ke-rana ia merupakan kebakaran kedua melibatkan kawasan Sebuyau.

“Sebagai tindakan awal, saya akan mengadakan mesyuarat tergempar dengan semua mangsa termasuk ke-tua kaum, ketua jabatan yang ada di daerah kecil Sebuyau dan Simunjan.

“Saya mahu membincangkan langkah perlu untuk diambil segera untuk membantu mangsa kebakaran ini,” katanya. Julaihi menambah, beliau akan menubuhkan Jawatankuasa Bencana Sebuyau.

Julaihi turut memperuntukkan geran sebanyak RM15,000 manakala Menteri Muda Kesihatan Awam Dr Jerip Susil yang turut berada di lokasi, RM5,000 dan daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak, RM3,000.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak PPjB Abdul Halim Moha-med Jadi memberitahu, balai bomba Simunjan menerima panggilan pada jam 12.01 pagi dan sebuah jentera tiba di lokasi pada jam 12.58 pagi manakala Bomba Sukarela Sebuyau tiba di lokasi jam 12.15 pagi.

“Dengan kekuatan 12 orang anggota yang diketuai oleh Ketua Balai Sekan Gundah, dibantu oleh bomba sukarela dan agensi lain, termasuk penduduk kampung, kami dapat mengawal kebakaran pada jam 1.47 pagi,” katanya. Beliau memaklumkan, tidak ada sebarang kecederaan mahupun kematian dilaporkan. Punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan - Utusan Borneo


Isnin, 25 Jun 2012

Pelajar Histeria, Lembaga Panjat Belakang

Lokasi berlaku kejadian pelajar diserang histeria.

POKOK SENA – Suasana di sebuah sekolah menengah di sini semalam kecoh apabila 22 pelajar perempuan diserang histeria.

Kejadian dikatakan bermula kira-kira jam 10.15 pagi ketika sekumpulan pelajar yang baru menamatkan latihan sukan di padang sekolah sedang berjalan menuju ke arah kantin.

Pelajar tingkatan empat, Muhammad Nabil Fikri Abdul Rahim berkata, pada masa itu, seorang pelajar perempuan daripada tingkatan yang sama dengannya, tiba-tiba jatuh pengsan dan terus meracau.

“Dia jatuh di sebelah pondok pengawal,” katanya. Selang beberapa minit kemudian, sekumpulan pelajar perempuan yang berada di kantin tiba-tiba turut meracau.

Kejadian histeria itu turut melibatkan beberapa individu lain di pelbagai lokasi termasuk di blok bangunan yang lain juga di pintu masuk sekolah. Ia dikatakan melibatkan 22 pelajar kesemuanya.

“Keadaan kelam kabut itu berlarutan sehingga jam 1.30 petang,” katanya.

Menurutnya, dalam situasi kelam kabut itu, dia sendiri terdengar seorang daripada mangsa yang meracau menyebut “nak pi (pergi) kat adik” yang dirujuk kepada pelajar yang mula-mula diserang histeria di sebelah pondok pengawal.

“Walhal mereka bukan adik-beradik dan tidak ada apa-apa hubungan pun,” katanya. Menurutnya, daripada cakap- cakap yang didengar, kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan gangguan makhluk halus yang marah apabila tempat mereka yang kononnya dikatakan terletak dalam kawasan sekolah itu diceroboh.

“Petang kelmarin (sehari sebelum), ada kawan yang mendakwa melihat satu lembaga tidak dikenali memanjat belakang seorang pelajar lelaki yang sedang menjalani latihan sukan di padang.

“Pelajar lelaki itu jatuh dan mengadu belakangnya terasa berat namun orang lain tidak nampak apa-apa,” katanya. Muhammad Nabil berkata, kejadian yang melibatkan pelajar lelaki itu bagaimanapun berakhir begitu sahaja.

“Tidak sangka pula ia akan jadi macam ini hari ini,” katanya. Difahamkan, itu kejadian yang seumpamanya berlaku sejak sekolah itu dibuka pada 14 Jun 2010.

Sementara itu, pengawal keselamatan sekolah, Kamariah Abd Ghani, 54, berkata, ketika kejadian, dia sedang bertugas dan turut melihat 20 pelajar diserang histeria dalam kawasan sekolah manakala dua lagi di luar pintu pagar sekolah.

“Semua pelajar berkenaan terdiri daripada tingkatan satu hingga lima, manakala seorang pelajar tingkatan tiga turut dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) kerana terlalu lemah manakala mangsa lain diarahkan pulang ke rumah masing-masing,” katanya.


Coretan - Nasib baik ler aku tak pernah mengalami pengalaman macam ni...tapi adik aku pernah waktu PLKN. Dengar dia cerita saja dah meremang bulu roma....eee...


Ayat2 Cinta


Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan aku benar2 percaya bahawa aku boleh hidup tanpa dirimu. Aku telah dapat memerima kenyataan bahawa kau telah pergi dari hidupku. Tapi kini mengapa kau datang lagi..? Sesungguhnya aku tak rela kau menjelma semula di depan mataku kerana aku hanya insan yang lemah bila berdepan dengan dirimu… Ya, aku lemah kerana aku  pasti dan yakin akan jatuh cinta sekali lagi padamu...


Motosikal dibakar ketika tidur

Perbuatan khianat 

KUALA LUMPUR –  Pihak tertentu yang membakar lebih 10 kenderaan semalam telah menyebabkan beberapa penduduk di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus, Setapak di sini bukan sahaja ‘patah kaki’ malah, naik angin dengan tindakan tidak berakal tersebut.

Kejadian pukul 3.30 pagi itu menyebabkan 13 buah motosikal yang berada di tempat letak kenderaan hangus. Turut terkena tempias api itu ialah dua buah motosikal lain, sebuah kereta jenis Toyota Grand Livina dan Proton Saga.

Lebih malang apabila seorang pengawal keselamatan bagaikan hilang punca apabila satu-satunya motosikal jenis Yamaha Lagenda yang dimiliki hangus.

Nawer Abdul Razak, 56, mendakwa, ketika kejadian kesemua pemilik kenderaan berada di rumah masing-masing.

“Isteri mengejutkan saya dari tidur selepas terdengar jeritan penghuni flat. Saya tinjau dari tingkap dan mendapati motosikal sedang terbakar dan terus turun tetapi gagal menyelamatkannya.

“Saya sedih kerana ia satu-satunya kenderaan yang saya ada untuk ke tempat kerja, tetapi sekarang sudah terbakar angkara perbuatan khianat,” dakwanya.


Coretan -  Busuk hati ler orang yang bakar tu. Kasihan kat mangsa2...


Ayat2 Cinta


Selagi aku masih bernafas…
Selagi aku masih bernyawa…
Selagi masih ada waktuku…
Aku berjanji akan terus menyayangimu…
Aku berusaha akan terus mencintaimu…
Aku akan terus tetap mahu bersamamu…
Buat selama-lamanya…
Kerana bagiku…
Kau lah satu-satunya…