Isnin, 4 Februari 2013

Selamatkan Lebih 1,000 Ekor Kucing





CHANGSA, China - Sebuah trak yang membawa lebih 1,000 ekor kucing terlibat dalam nahas di sebatang jalan raya di sini kelmarin.

Kucing itu yang diletakkan dalam sejumlah kurungan kayu akan dijual di restoran-restoran di Guangdong untuk dijadikan makanan.

Kira-kira 50 aktivis haiwan dan sukarelawan kemudian bertindak menyelamatkan kucing tersebut daripada disembelih untuk dijadikan makanan.

Kucing-kucing itu kelihatan lapar semasa para aktivis tersebut melihat haiwan berkenaan. Para aktivis itu kemudian menghantar kucing tersebut ke sebuah klinik haiwan untuk dirawat. - Agensi


Coretan : Ksiannyer tgok kucing2 tu. Sedihnyer...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan