Isnin, 4 Februari 2013

Salman Khan Buat Hal Sendiri

Salman Khan

Salman Khan memulakan tahun baharu 2013 dengan penuh positif. Aktor Terbaik 2012 pilihan ApunKaChoice.Com. yang mengalahkan dua pencabar terdekatnya, Shah Rukh Khan dan Akshay Kumar itu selama ini sememangnya digosip tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Shah Rukh Khan.

Namun baru-baru ini, Salman telah mengeluarkan kenyataan menafikan dia berselisih faham dengan Shah Rukh sehingga di Bollywood dikatakan wujud puak Salman dan puak Shah Rukh Khan.

Katanya kepada ibn.live.in.com: "Tiada puak-puak tertentu dalam industri perfileman di Bollywood. Saya buat hal sendiri. Saya tidak mengikuti atau mengambil tahu tentang kehidupan orang lain."

"Jika ada yang datang berjumpa atau berbual dengan saya, dia akan dilayan dengan baik. Saya tidak kisah dia kawan siapa dan ia tidak menjadi suatu masalah buat saya."

Salman Khan dan Shah Rukh Khan

Akshay Kumar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan