Sabtu, 23 Jun 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Sinopsis 

Aeril Zafril sebagai Mukhlis

Nuremy Ramli sebagai Murni

Fezrul Khan Sebagai Iqwal

Mengisahkan seorang wanita yang bernama Murni yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, Mukhlis dan Stacy untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut.





Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan Ayim. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama Iqwal. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual.


Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan Felix, suami Stacy. Zizi, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. 

Optimized ERY 8708 1 1024x680 Review Filem Hanya Aku Cinta Kau Seorang ( Hacks)


Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.

Aeril Zafril sebagai Mukhlis

Fezrul Khan Sebagai Iqwal



Nuremy Ramli sebagai Murni




Farique Nadzir - OST Hanya Aku Cinta Kau Seorang

Kau hadir tanpa ku sedari...
Mengisi kekosongan hati...
Kini kau pergi tinggalkan ku...
Lemas ku dalam sepi...

Hujan yang turun ke bumi...
Membawa rindu yang mengunung...
Kau biarkan ku oh sendiri...
Malam ku tanpa mimpi...

Mengapa tangan kau lepaskan...
Setelah hatiku kau tawan...
Mengapa takdir memisahkan...
Hanya aku cinta kau seorang...

Mengapa tangan kau lepaskan...
Setelah hatiku kau tawan...
Angin malam bawalah cintaku...
Menghapus rasa rindu...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan