Isnin, 25 Jun 2012

Lelaki Kritikal Ditusuk Dengan Objek Tajam

KUCHING: Seorang lelaki berusia 24 tahun berada dalam keadaan kritikal setelah dadanya ditusuk dengan menggunakan sebuah objek tajam oleh orang tidak dikenali, awal pagi semalam.

Kejadian yang berlaku di sebuah pusat hiburan di Batu Tiga, di sini sekitar jam 2 pagi itu dikatakan mengakibatkan kecederaan pada paru-paru mangsa.

Mangsa yang berasal dari kawasan Matang bersama beberapa rakannya ingin meninggalkan premis sebelum serangan berlaku. Tanpa diketahui punca sebenar, suspek dikatakan menusuk dada kiri mangsa dengan mengguna satu objek kecil.

Rakan-rakannya terus membawa mangsa ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut. Lelaki berkenaan dimasukkan ke wad Unit Rawatan Rapi - Utusan Borneo


Tiada ulasan:

Catat Ulasan