Selasa, 19 Jun 2012

Penganggur Ceroboh Rumah Di Lutong, Miri.

MIRI: Seorang penganggur telah diberkas polis dalam masa kurang 10 jam selepas dia disyaki memecah masuk sebuah rumah di kawasan Lutong kelmarin. Ketika ditangkap sekitar jam 9.30 malam Ahad lalu, suspek yang berusia lingkungan 20-an sedang berjalan seorang diri di kawasan berhampiran dan dipercayai dalam keadaan mabuk.

Terdahulu menurut sumber, suspek yang turut mempunyai dua rekod kesalahan lampau dikatakan telah melakukan pecah rumah dengan memecah masuk sebuah rumah dan melarikan seutas jam tangan Casio bernilai RM500.

Bagaimanapun, semasa tangkapan dibuat, tiada sebarang rampasan dibuat memandangkan barang yang dicuri disimpan di rumah seorang rakannya.


Suspek kemudian ditahan lanjut untuk membantu siasatan polis yang dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan - Utusan Borneo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan