Isnin, 11 Jun 2012

Berakhir Sudah Mentor 6


Tahniah di ucapkan kepada Caroline dan mentornya, Ella yang telah pun merangkul gelaran juara Mentor 6 malam tadi. Dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah , protege Ella iaitu Caroline berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam. Kemenangan Caroline sememangnya dapat di jangka kerana persembahan Caroline pada malam tadi memang mantap. 

Ratu rock Ella dan Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel masing2 berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.

Ratu Rock Malaysia, Ella - Mentor kepada Caroline

Puteri Caroline


Protege  Fauziah Dato’ Ahmad Daud , Zatul atau Noor Nazatul Farahin mendapat tempat ke-2 dengan mendapat 60 markah. Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan Zatul menerima wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi setiap seorang.

Fauziah Dato’ Ahmad Daud - Mentor kepada Zatul

Noor Nazatul Farahin Binti Mohd Hussin 


Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan pula 50 markah dan mendapat tempat ke-3. Faizal Tahir dan Anas masing2 menerima wang tunai sebanyak RM10,000.

Faizal Tahir - Mentor kepada Anas

Anas Bin Ridzuan


Mentor 6 sudah pun berakhir tetapi diharapkan perjuangan semua protege tidak akan berakhir. Tahniah sekali lagi kepada Caroline dan Ella yang merangkul gelaran juara Mentor 6.

Mentor

Protege

Persembahan di Mentor 6 akhir

Tarian pembuka tirai Mentor 6

Zainal Abidin

Amy Search

Mas Idayu

Ziana Zain

Erra Fazira

Fauziah Dato’ Ahmad Daud dan Zatul

Zatul – Pelesit Kota & Pawana

Penampilan khas Nabila Huda

Zatul feat Ziana Zain – Sedang Ingin Bercinta & Nakal

Zatul – Tinggalkan Yang Lalu

Ella dan Puteri Caroline

Caroline - My Love & I Don’t Wanna Miss A Thing

Caroline feat Azlan The Typewriter - Kau Kekasihku

Caroline - Melawan Arus Cintamu

Faizal Tahir dan Anas

Anas - Cinta Muka Buku 

Anas feat. Hazama – Selamat Malam

Anas - Hanya Dirimu

Peserta Ujibakat Pilihan

Peserta Ujibakat Pilihan

Peserta Ujibakat Pilihan dimenangi oleh Najua P.Ramlee yang membawakan lagu Kisah Hati



Persembahan penutup Mentor 6 menggandingkan kesemua protege, Caroline, Zatul, Anas, Tisha, Ana Syuhada dan KJ bersama penyanyi Zamani dan barisan anggota asal Slam menerusi lagu medley kumpulan itu seperti Kembali Terjalin, Kembali Merindu dan Gerimis Mengundang.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan