Sabtu, 4 Januari 2014

Pelajar Berang Cederakan Guru Dengan Kerambit

Suspek dibawa untuk dikenakan tahanan reman di Kompleks Mahkamah Kangar semalam

KANGAR - Seorang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis dekat sini telah ditahan polis gara-gara tindakannya mencederakan seorang guru lelaki yang menegurnya kerana menggayakan rambut ala punk pada hari pertama persekolahan Rabu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan pada pukul 1 pagi kelmarin di rumahnya di Kuala Perlis.

"Turut dirampas bersama suspek ialah gunting kecil yang diubah suai menjadi senjata kerambit untuk mencederakan guru terbabit," katanya pada sidang akhbar semalam. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan