Ahad, 5 Januari 2014

Mati Bogel Bersama Wanita Lain

Anggota polis membawa keluar mayat Loke Yoke Kim yang ditemui mati di premisnya di Bandar Cyber, Ipoh 

IPOH - Kerisauan seorang isteri terhadap suaminya yang tidak pulang-pulang ke rumah sejak kelmarin berakhir dengan kedukaan apabila lelaki itu ditemui mati bersama seorang wanita di dalam sebuah kereta di Bandar Cyber di sini kira-kira pukul 9 malam kelmarin.

Lebih tragis, mayat suami wanita itu, Loke Yoke Kim, 58, yang merupakan tauke kedai perkakasan logam ditemui mati di tempat duduk pemandu manakala di sebelahnya merupakan wanita yang juga dipercayai kekasihnya, Yan Wai Leng, 51.

Kedua-duanya mati dalam keadaan berbogel di dalam kereta Proton Wira berwarna biru yang diletakkan di garaj premis perniagaan milik lelaki itu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam menjelaskan, isteri mangsa yang risau mengenai suaminya itu yang tidak pulang sejak keluar dari rumah pada Khamis lalu telah membuat laporan polis pada pukul 7.55 petang kelmarin.

Beliau berkata, selepas membuat laporan polis, wanita berkenaan terus mencari suaminya itu di sekitar bandar raya ini dan di premis perniagaan suaminya itu yang terletak di belakang sebuah hotel bajet di Banday Cyber.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, isteri mangsa melihat kepulan asap yang keluar dari premis berkenaan sebelum dia bertindak mengumpil pintu.

"Dia kemudian terkejut kerana menemui mayat suaminya bersama seorang wanita dalam keadaan bogel dalam kereta jenis Proton Wira dengan enjin dan pendingin hawa masih terpasang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini malam kelmarin. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan