Isnin, 6 Januari 2014

Wanita Mati Dikelar Di Bilik Hotel

Gambar Hiasan

KLANG - Seorang wanita ditemui mati dengan kesan kelar di lehernya di sebuah hotel di sini manakala pasangannya mati ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di hospital pukul 5 pagi tadi. Difahamkan, lelaki tersebut mengelar wanita itu sebelum dia kemudian bertindak mengelar dirinya sendiri.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian sebaik menerima maklumat mendapati, pasangan tersebut ditemui berpakaian dalam.

"Lelaki itu terbaring di atas katil manakala wanita itu di atas lantai. Mangsa wanita mati di lokasi kejadian manakala pasangannya mati ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan polis masih menyiasat hubungan pasangan tersebut. - KOSMO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan