Gambar Hiasan
SIBU: Seorang wanita mencari telefon pintarnya yang hilang sejak tahun lalu melalui Internet akhirnya berjaya membantu polis untuk menjejaki pencuri telefon pintarnya di Sabah minggu lalu.
Kejadian itu berlaku semasa iPhone 4S mangsa, 22, hilang ketika bekerja bersama seorang suspek lelaki, 33, ketika membuat audit di sebuah syarikat yang sama di sini pada September tahun lalu.
Mangsa yang mengesyaki suspek mencuri telefon pintarnya bertindak membuat laporan polis yang kemudian melakukan siasatan.
Namun, polis gagal mendapatkan sebarang bukti kukuh selepas melakukan pemeriksaan badan terhadap suspek.
Percayakan nalurinya, mangsa tidak berputus asa untuk mengesan pencuri telefon pintarnya yang merupakan hadiah istimewa daripada ibunya semasa hari jadinya sebelum ini.
Pengadu juga terpaksa membeli sendiri sebuah lagi telefon pintar iPhone 4S kerana bimbang kehilangan telefon pintarnya akan diketahui dan menghampakan ibunya.
Setelah sekian lama cuba mengesan penggunaan telefon pintarnya melalui Internet akhirnya mangsa berjaya mendapati isyarat peggunaan iPhone 4S-nya didapati aktif dan berada di kawasan Kota Kinabalu, Sabah.
Bertindak daripada maklumat polis di sini telah menghubungi polis di Kota Kinabalu yang kemudiannya berjaya menahan seorang suspek lelaki.
Suspek tersebut merupakan juruaudit yang pernah bekerja bersama mangsa tahun lalu.
Polis di sini dijangka akan pergi ke Sabah untuk membawa suspek ke mahkamah di sini dalam masa terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan