Ahad, 20 Mei 2012

Lamprey, Parasit yang menakutkan


Ikan seakan-akan pacat ini dipanggil Lamprey atau nama saintifik Petromyzon marinus. Lamprey merupakan parasit yang hidup di air. Haiwan ini menggunakan mulutnya yang unik dan bergigi untuk menghisap darah ikan atau haiwan lain yang menjadi mangsanya. Lamprey terkenal di Pantai Rantau Lautan Atlantik. Hidupan ini juga turut ditemui di pantai timur Amerika Syarikat dan Kanada. 




Ikan Lamprey ni juga memakan daging ikan sama ada yang masih hidup ataupun yang sudah mati. Mulutnya boleh dibuka sampai jadi bulat. Lamprey boleh makan dari bahagian luar atau masuk ke dalam bahagian perut ikan dan sedut organ dalaman mangsanya. Ini akan menyebabkan ikan yang menjadi mangsa akan luka dan belubang di bahagian perut. Ikan kecil boleh mati serta-merta dari serangan atau akan mati akibat jangkitan dari luka yang terlalu besar.





Haiwan parasit ini hidup di air tawar walaupun ada beberapa spesis yang hidup di laut. Saiznya dalam lebih kurang 12-20 inci panjang dan seperti belut. Warna badannya coklat tua belakang hitam dan cahaya kuning ke perut coklat pucat. Mulut mereka bulat dengan baris bulat gigi. Mereka mempunyai mata kemerahan besar. 


Coretan : Jadi, lepas ni berhati - hatilah ketika berenang di laut atau di sungai...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan