Rabu, 2 Mei 2012

Slot Lestary TV3 - 3 Janji

Slot Lestary TV3 - 3 Janji

“ 3 Janji ” Drama bersiri 13 episod terbitan HJN Production Sdn Bhd arahan Heykal Hanafiah ini berkisarkan 3 janji yang dibuat oleh Khursyi (Shahrizal Jaszle) terhadap Dalia (Liyana Jasmay), iaitu menjadi sahabat terbaik, kekasih terbaik dan suami yang terbaik.


Shahrizal Jaszle, Liyana Jasmay dan Shah Iskandar

Sinopsis 3 Janji

Liyana Jasmay sebagai Dalia 

Shahrizal Jaszle sebagai Khursyi / Kamil 

Shah Iskandar sebagai Yassin


Tempoh perkenalan semenjak kecil menjadikan mereka berdua saling memahami dan menyayangi. Impian Dalia ialah menjadi seorang penari tetapi Khursyi yakin bahawa Dalia akan berjaya sebagai doctor manakala Khursyi pula bercita-cita menjadi kaunselor yang hebat. Hubungan mereka bertukar menjadi pasangan kekasih apabila Khursyi yang tidak dapat menafikan kasih sayangnya terhadap Dalia selepas berjaya menghalang rancangan jahat Elias (Idzham Ismail) terhadap Dalia. Kedua-dua keluarga juga merestui hubungan mereka dan merancang untuk berbesan apabila tiba masanya nanti. 

Dalam perjalanan untuk mengambil keputusan SPM, Khursyi ditimpa kemalangan menyebabkan dia cedera parah dan tak sedarkan diri. Selepas tersedar, Khursyi bercakap tentang 3 janji yang pernah dibuat bersama Dalia sebelum ini. Dalia terharu dan bahawa kerana amat disayangi Khursyi. Pesan Khursyi lagi, andai mereka tiada jodoh, dia mahu Dalia mencari seorang lelaki yang boleh melaksanankan 3 janji itu. 

Apabila Khursyi meninggal dunia, emosi Dalia berada dalam keadaan kurang stabil. Sekejap murung, sekejap gembira. Lantas, keluarga Dalia mengambil keputusan untuk berpindah. Setelah 5 tahun berlalu, Dalia kembali dan tinggal besama maksunya, Adila (Hanez Suraya) sambil mengambil jurutan perubatan. 

Dalia masih mengekalkan minatnya untuk menari. Tariannya telah menarik perhatian seorang jejaka, Yassin (Shah Iskandar) yang kebetulan ingin mengambil peralatan muziknya. Sejak hari itu, Yassin sering mencari peluang untuk mendekati Dalia. Keikhlasan dan kebaikan Yassin akhirnya membuka hati Dalia untuk berkawan dengannya. Keprihatinan Yassin mengingatkan Dalia akan 3 Janji tersebut. 

Bagaimanapun, Dalia menjadi keliru apabila berjumpa dengan jiran barunya, Kamil (Shahrizal Jaszle) yang wajah mirip dengan arwah Khursyi. Di antara Yassin dan Kamil, siapakah cinta sejati Dalia? Kalau nak tahu, tontonlah drama 3 janji melalui slot Lestary, setiap selasa jam 9 malam, hanya di TV3.





Ana Dahlia memegang watak sebagai kawan Dalia

Hanez Suraya memegang watak sebagai emak saudara Dalia


Aku dapat bayangkan kalau aku ada di tempat Dalia, tentu aku pun rasa nak gila. Sapa yang tak sedih kalau di tinggal SAHABAT dan CINTA buat selama-lamanya? Dari kecil membesar bersama, bermain bersama, belajar pun bersama. Ahh!! Sakitnya kalau di tinggal pergi. Tak sanggup aku lalui semua itu. Tetapi, kalau itu sudah ditakdirkan oleh Allah SWT...siapalah kita untuk menghalangnya...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan