KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia Muda ( Perdasama Muda ) akan mengadakan perhimpunan khas selama dua hari dinamakan Bersih 4.0 di kawasan kediaman penganjur Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini.
Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, bagi tujuan itu, seramai 60 peniaga di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan membuka gerai di kediaman Ambiga pada Khamis dan Jumaat ini.
“Penganjurannya bagi menunjukkan makna bersih yang sebenar dan ia bukan provokasi tetapi untuk menuntut keadilan bagi peniaga di Jalan TAR dan Masjid Jamek yang teraniaya.
“Peniaga-peniaga ingin menuntut hak mereka yang rugi besar akibat kekecohan yang tercetus semasa perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu,” katanya pada sidang akhbar sempena pelancaran Perhimpunan Bersih 4.0 di Jalan TAR di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan