Hari Easter merupakan hari di mana penganut agama Kristian mempercayai bahawa pada hari itu Jesus Christ telah dihidupkan kembali (dibangkitkan). Hari Easter atau dengan nama lain sham al-nasim dll turut dikongsi sama perayaannya oleh bangsa Firaun kuno, Yunani kuno, Yahudi dll yang berlaku perkembangan dan perubahan.
Aktiviti mewarnakan telur dengan warna merah (walaupun kini telah diwarna warnikan) itu melambangkan darah Jesus Christ. Justeru, merayakan Hari Easter dan menjayakannya adalah bertentangan dengan akidah Islam. Adapun hukum memakan telur itu tidak dibolehkan dan seboleh mungkin jangan diterima langsung pemberian telur ataupun barang-barang lain yang berkaitan dengan perayaan Hari Easter ini kerana:
- Barang-barang tersebut adalah syiar perayaan Hari Easter.
- Mereka (penganut agama tersebut) memakannya sebagai ibadat.
- Perbuatan menerima, memakan akan menyebabkan kita tasyabuh.(Bersikap menyamai mereka) dan seolah-olah membenarkan agama mereka.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku." Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan