Ahad, 8 April 2012

Cinta Lelaki Kasanova


Dalam kehidupan ini, sebagai insan biasa kita tidak pernah lari dari bebanan masalah. Pernahkah anda terpfikir, satu saat anda benar-benar jatuh cinta tanpa menyedari lelaki yang anda cintai itu rupa-rupanya kasanova. Tentu sulit untuk melupakannya kerana anda telah terjerat mencintainya. Tetapi, layak kah lelaki seperti ini untuk di cintai?

Memang dia juga manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan tapi adakah anda sangup menempuh kehidupan yang akan datang bersama seorang lelaki seperti itu. Jika dia berubah, tentu anda boleh bahagia bersamanya. Tetapi, adakah anda pasti cinta anda dapat mengubahnya? Seandainya anda berasa sangsi, tidak salah untuk anda mengelakkan diri dari CINTA lelaki kasanova. 

Ciri-ciri lelaki kasanova
  • Di awal perkenalan, si dia menjadi insan yang paling mulia. Apa sahaja yang kamu mahu semuanya akan di penuhi. Namun harus di ingat, semua itu hanya lah sementara dan cuma mempu bertahan tidak lebih sebulan. Sedikit demi sedikit di dia akan menunjukan belangnya.
  • Sikap si dia sentiasa kemas dan perwatakannya seperti orang berada, tapi sebenarnya poket kosong. Kalau ada pun cuma untuk buat pelaburan memikat anda di awal perkenalan kemudian duit anda pulalah jadi mangsanya. 
  • Lelaki kasanova biasanya mempunyai paras rupa yang agak tampan sebab itulah perempuan mudah cair dan menjadi mangsa. Jangan hanya melihat pada wajah tampan dalam memilih pasangan tetapi lihatlah pada hatinya.
  • Lelaki kasanova tidak pernah patuh pada janji, tengok sahaja setiap kali kamu keluar dating. Siapa yang akan sampai dahulu. Dia ataupun kamu?
  • Si dia juga sering memberi pelbagai alasan apabila kesilapannya dapat dikesan. lebih jeles lagi, dia juga sering mempersalahkan orang lain atas kesalahanya sendiri.
  • Si dia juga mementingkan kekemasan diri dan pakaian yang dipilih juga berjenama. Maklumlah nak memikat ramai mangsa.
  • Baru kenal sudah berani mahu sentuh-sentuh di bahagian yang sensitif. Dia seolah sengaja mahu mengoda anda untuk pergi lebih jauh. 
  • Apabila keluar dengannya, dia selalu tunjuk macho depan anda. Ada masanya dia akan menegur perempuan lain dengan ramah di depan anda. Kononnya mahu buktikan pada anda bahawa dia tidak curang di belakang anda tetapi dia memang peramah dengan semua orang.
  • Belum lama berkawan, si dia berani meminta wang untuk di pinjam tanpa segan silu dengan pelbagai alasan seperti duit gajinya belum masuk lagi, nak kirim ke kampung dan sebagainya. Anda mungkin akan percaya dan akan termakan dengan kata-kata manisnya.
  • Lelaki kasanova jarang bercerita tentang keluarganya apatah lagi mahu membawa anda berjumpa ibu bapanya. Ini sememangnya perkara yang sering berlaku. Ini kerana dia tidak mahu anda mengetahui lebih dalam latar belakang keluarganya.


Berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup anda. Jangan sampai anda terjebak dalam CINTA lelaki kasanova. Sekiranya anda telah tersalah langkah, berundurlah selagi masih ada kesempatan.


Stacy – Kasanova

Dahulu ku kenal dia jejaka idaman Malaya…
Semut pun tidak mati dipijak…
Lemah lembut bicara…
Semakin kubuka hati semakin buka mata…
Dia berselindung untuk mengaburi langkahnya…

Kini ku tak mahu…
Di tipu dengan…
Si pencabul kalbu…
Mula-mula kubenar…
Benar nak bercinta…
Dengan iya iya…
Tapi lama-lama…
Belangnya keluar…
Rupa rupanya…
Jahatnya suka suka…

Di tawan dengan kasanova…
Semenjak digoda kasanova…
Di tawan dengan kasanova… 
Semenjak digoda kasanova…

Menurutnya aku permaisuri…
Bertakhta dalam hati…
Sebaliknya dia penjajah…
Banyak lagi yang lain…
Ohh…ohh…
Sia-sia aku setia…
Akhirnya harapanku hancur…
Cukup sampai sini saja…
Percayakan romeo..oh..oh…

Kasanova…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan