1. Tafriq
Sihir yang digunakan untuk memisahkan suami isteri. Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
2. Al-Mahabbah
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
3. Takhayyul
Sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal. Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
4. Al-Junun
Apabila orang yang terkena sihir ini, apabila bercakap matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong. Mereka seperti tiada arah tujuan hidup.
5. Al-Khumul
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada keramaian, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
6. Al-Hawatif
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.
7. Al-Marad
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
8. Nazif
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah ( darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid ). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan sehingga berbulan-bulan.
9. Ta’til tawaj
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat.
Tanda2 terkena sihir
- Sakit kepala yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal.
- Sakit di bahagian perut tanpa sebab.
- Terasa ada sesuatu yang mengekori anda.
- Terasa ada sesuatu yang melintas di belakang anda.
- Sering sesak nafas terutama menjelang waktu maghrib dan tengah malam.
- Sering kali mimpi binatang seperti ular, kala jengking dan lain-lain.
- Dihimpit sesuatu ketika tidur.
- Mimpi bayi @ kanak-kanak.
- Mimpi ke tempat kotor,sunyi dan menakutkan.
- Terasa ada sesuatu yang menyentap kaki ketika tidur.
sihir ALKHUMUL.. erm.. tapi rasanya aku bukan kena sihir tapi penyakit KEMALASAN YANG TERMAKSIMAS!!!
BalasPadam