Mengikut kata orang2 tua, sekiranya ada anggota badan kita berdenyut2 bererti ada sesuatu yang akan berlaku. Kalau mata kita berdenyut, orang kata akan mendapat duit atau kebaikkan. Betul ke? Nak percaya? Tak boleh lah nak percaya sepenuhnya.
2. Kepala : akan mendapat anugerah raja.
3. Ubun-ubun : akan memperolehi pangkat.
4. Kening sebelah kanan : akan mendapat wang.
5. Kening sebelah kiri : akan gembira.
6. Pelipis sebelah kanan : akan mendapat wang.
7. Pelipis sebelah kiri : akan bertemu dengan kekasih hati.
8. Kelopak mata sebelah kanan atas : akan mendapat wang.
9. Kelopak mata sebelah kanan bawah : akan menderita kesusahan.
10. Kelopak mata sebelah kiri atas : akan memperoleh sesuatu yang baik.
11. Kelopak mata sebelah kiri bawah : akan menangis.
12. Kelopak air mata sebelah kanan : akan menangis.
13. Kelopak air mata sebelah kiri : bebas dari kesedihan yang mendalam.
14. Sudut mata kanan : akan melihat kekasih anda.
15. Sudut mata kiri : akan memderita kesusahan.
16. Biji mata sebelah kanan : akan menangisi orang mati.
17. Biji mata sebelah kiri : akan melihat orang yang datangnya dari jauh.
18. Pipi sebelah kanan : akan difitnah orang.
19. Pipi sebelah kiri : akan menderita sakit.
20. Hidung sebelah kanan : akan mendapat wang yang halal.
21. Hidung sebelah kiri : akan melihat kekasihnya.
22. Bibir sebelah kanan atas : akan memperoleh kejayaan.
23. Bibir sebelah kanan bawah : akan memperoleh kebahagiaan.
24. Bibir sebelah kiri atas : akan berunding dengan saudaranya.
25. Bibir sebelah kiri bawah : akan mendapat pekerjaan baik.
26. Tengah bibir atas : akan bertengkar.
27. Tengah bibir bawah : akan menikmati makanan yang lazat.
28. Telinga sebelah kanan : akan bertemu dengan sanak saudara.
29. Telinga sebelah kiri : akan mendapat upah yang baik.
30. Dagu sebelah kanan : akan dimuliakan orang agung.
31. Dagu sebelah kiri : akan bertemu dengan orang agung dan diberi pangkat.
32. Leher sebelah kanan : akan sakit keras.
33. Leher sebelah kiri : akan menderita sakit tetapi lekas sembuh.
34. Pundak sebelah kanan : sanak saudara akan sakit.
35. Pundak sebelah kiri : akan dimuliakan wanita.
36. Kedua-dua belah pundak : akan menderita sakit.
37. Bahu sebelah kanan : akan bertengkar.
38. Bahu sebelah kiri : akan menderita sakit.
39. Belakang sebelah kanan : akan mendapat kunjungan orang yang meminta pinjaman wang.
40. Belakang, tengah-tengah : akan menderita sakit atau mendapat kesusahan.
41. Belakang sebelah kiri : akan memperoleh kebahagiaan.
42. Dada sebelah kanan : akan bertemu kekasihnya.
43. Dada sebelah kiri : akan bertemu wanita ayu.
44. Tengah-tengah dada : akan memperolehi kebahagiaan.
45. Buah dada sebelah kanan : akan mendapat wang.
46. Buah dada sebelah kiri : akan mendapat kunjungan orang yang berpangkat.
47. Perut sebelah kanan : akan memperolehi banyak rezeki.
48. Perut sebelah kiri : akan mendapat wang yang banyak.
49. Pusat : akan memperolehi anugerah dari Tuhan.
50. Lesung pipi sebelah kanan : akan memperolehi jodoh.
51. Lesung pipi sebelah kiri : akan mendapat anak.
52. Ulu hati : akan mendapat wang.
53. Tangan kanan atau kiri : akan mendapat wang.
54. Tapak tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.
55. Tapak tangan sebelah kiri : akan memperoleh keuntungan hasil dari perniagaan.
56. Lengan sebelah kanan : akan mendapat rezeki.
57. Lengan sebelah kiri : akan mendapat wang.
58. Siku sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang tidak menyenangkan.
59. Siku sebelah kiri : akan mendapat wang.
60. Jari manis tangan sebelah kanan : akan mendapat wang.
61. Jari manis tangan sebelah kiri : akan mendapat jodoh.
62. Telunjuk tangan sebelah kanan : akan diangkat menjadi saudara oleh seseorang.
63. Telunjuk tangan sebelah kiri : akan diterima baik oleh orang.
64. Celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat kegembiraan.
65. Celah jari tangan sebelah kiri : akan dikasihi oleh orang agung.
66. Jari ibu sebelah kanan : akan mendapat jodoh yang baik.
67. Jari ibu sebelah kiri : akan mendapat jodoh.
68. Celah jari telunjuk sebelah kanan : akan mengalami sesuatu yang memalukan.
69. Celah jari tangan sebelah kanan : akan mendapat pekerjaan.
70. Jari tengah tangan kanan : akan menderita sakit.
71. Jari tengah tangan sebelah kiri : akan menderita susah.
72. Bawah rusuk sebelah kanan : akan mendapat kesusahan.
73. Bawah rusuk sebelah kiri : akan marah-marah.
74. Pinggang sebelah kanan : akan memperolehi sesuatu yang baik.
75. Pinggang sebelah kiri : akan mencintai orang.
76. Purus sebelah kanan : akan bersetubuh.
77. Purus sebelah kiri : akan diangkat menjadi penghulu.
78. Kemaluan sebelah kanan : akan kedatangan tamu.
79. Kemaluan sebelah kiri : akan mendapat rahmat Tuhan.
80. Bagi wanita, kemaluan sebelah kanan atau kiri : akan mendapat jodoh.
Tak kisah lah betul atau tidak...
Yang penting, segala yang baik datang dari Allah dan yang kurang itu datang dari kelemahan kita sendiri…
saya juga pernah dengar tuh dari orang tua, tapi benar atau salahnya tak tau lah...
BalasPadamtak boleh juga nak percaya 100% kan bang iwan?
BalasPadam