Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ***, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : Selamat petang...
Pesakit : Selamat petang Doktor!
Doktor : Ada masaalah apa ...?
Pesakit : Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor...
Doktor : Biar saya periksa telinga anda…
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.
Doktor: Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut...
Pesakit: Apa caranya doktor?
Doktor: Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma...
Pesakit: Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?
Doktor: Yang percuma kena sabar...
Pesakit: Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?
Doktor: Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluarlah…
Pesakit: ????????
Tiada ulasan:
Catat Ulasan