Ada seorang pak cik tua yang baru saja lulus lesen kereta. Jadi, mengikut undang-undang, stiker berhuruf " P " hendaklah dilekat pada kereta sekiranya seseorang baru dapat lesen. Pada suatu hari, pak cik tua itu hendak ke Bandar dan dalam perjalanan ada polis roadblock.
Polis : "P" mana pakcik?
Pak Cik : P Aloq Staq ( Loghat Kedah ).
Polis : Pak cik nak bergurau pulak. "P" mana pak cik?
Pak Cik : Aku nak p Aloq Staq. ( Dah mula naik angin ).
Polis : Amboi, main-main pulak pakcik ( tersengih ). Pak Cik, "P" mana?
Pak Cik : Aku habaq Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat aku tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau ( marah ).
Pak Cik : kan mudah camtu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan