Jumaat, 6 April 2012

Burung Kakak Tua Yang Pandai


Seorang suami yang baru pulang dari luar negara membawa Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? Istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye??

Sambil mengangkat tangan kiri dan memainkan jarinya, secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop. Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan, burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula.

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan terdengarlah…

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"


Tiada ulasan:

Catat Ulasan